Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penduduk sekitar yang membawa anjing peliharaan mereka untuk divaksin. Foto: TVS.

Vaksinasi anti-rabies, pasang cip mikro anjing secara pandu lalu di kawasan MPP

KUCHING, 26 Ogos: Program vaksinasi anti-rabies, perlesenan anjing dan pemasangan cip mikro untuk anjing di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sungai Tapang Hilir, di sini hari ini diadakan secara pandu lalu.

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (Ketua Unit Kawalan Anjing Liar) Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Sumi Linggi berkata kaedah sedemikian mendapat sambutan memberangsangkan daripada pemilik haiwan peliharaan itu.

Menurutnya program bulanan anjuran MPP dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak itu diadakan pada setiap hari Sabtu terakhir setiap bulan di lokasi yang berbeza.

“Untuk bulan ini, kita hanya lakukan pada hari ini. Kita juga lakukan secara bulanan iaitu setiap hujung bulan, hari Sabtu, kita buat sehari dalam sebulan untuk buat program ini dan sentiasa di lokasi yang berlainan.

“Kita sedia maklum bahawa di kawasan MPP sendiri, kita mempunyai beberapa lokaliti panas, di mana ada lagi kes gigitan anjing berlaku.

“Kita mengambil kira faktor tersebut dan kita buat di kawasan, seperti hari ini, di kawasan MJC yang meliputi daripada Desa Wira, MJC sendiri, Moyan dan kawasan sekitar, Stapok,” katanya ketika ditemui pemberita di SJK Chung Hua Sungai Tapang Hilir, pada Sabtu.

Sumi dalam pada itu menasihati pemilik anjing di luar sana agar menjadi pemilik yang bertanggungjawab dengan mengambil peluang ini kerana ia adalah percuma sekali gus dapat mengurangkan risiko haiwan peliharaan dijangkiti penyakit rabies.

“Objektif kita ialah kita meminta kepada seluruh pemilik anjing di luar sana untuk memvaksinkan, membuat perlesenan dan pemasangan cip mikro terhadap haiwan peliharan mereka.

“Hal ini demikian kerana, kita sedia maklum bahawa rabies masih berleluasa di luar sana. Jadi kita minta, sebagai pemilik yang bertanggungjawab, kita berharap agar haiwan, anjing peliharaan mereka dalam keadaan yang sihat dan normal serta mengurangkan risiko terkena jangkitan penyakit rabies,” tegasnya.

Setakat ini, Sarawak merekodkan peningkatan kes rabies dengan 13 kematian daripada 15 kes rabies pada tahun ini yang dinyatakan oleh Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom pada 15 Ogos lalu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan