Sebanyak 14 unit tukun tiruan jenis kuboid berjaya dilabuhkan di perairan Santubong, semalam. Foto: TVS.

Tukun tiruan jenis kuboid dilabuhkan di Santubong halang kegiatan pukat tunda

ByFarah Diyana Samsuddin

SANTUBONG, 26 Ogos: Tukun tiruan jenis kuboid dilabuhkan di Santubong sebagai inisiatif menghalang kegiatan pukat tunda di perairan sekitarnya.

Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS), Liza Long berkata sebanyak 14 unit tukun tiruan jenis kuboid telah dilabuhkan secara berkelompok di dua tapak perairan Santubong.

Tukun tiruan jenis kuboid dilabuhkan jelas Liza juga merupakan usaha pihaknya meningkatkan sumber perikanan di perairan tersebut.

“Selain itu tukun tiruan jenis ini juga meningkatkan aktiviti rekreasi perikanan di Santubong,” katanya kepada TVS selepas acara melabuhkan tukun tiruan di Santubong, pada Jumaat.

 

                        Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS), Liza Long Foto: TVS.

Dalam pada itu, Liza mendedahkan sejumlah 104 daripada 148 tukun tiruan pelbagai jenis telah berjaya dilabuhkan di perairan di seluruh Sarawak, setakat semalam (25 Ogos 2023).

“Inisiatif melabuhkan dilaksanakan di lapan kawasan tapak iaitu di Kuala Balingian, Matu, Igan, Kuala Tatau, Belawai, Gerigat, Santubong dan Sampadi,” ujarnya.

Menurut beliau keseluruhan program melabuhkan tukun tiruan di negeri ini melibatkan 62 buah tukun tiruan jenis penghalang pukat tunda, 58 buah tukun tiruan adalah dari jenis rekreasi dan 28 buah tukun tiruan jenis kuboid.

Beliau menambah sejumlah RM5 juta telah diperuntukkan kepada pihaknya bagi melabuhkan tukun tiruan di Sarawak pada tahun ini.

 

 Tukun tiruan jenis kuboid sedang dilabuhkan di perairan Santubong Foto: TVS.

 

Liza menambah tukun penghalang pukat tunda bakal dilabuhkan di perairan Gerigat pada 29 Ogos ini.

Sementara program melabuhkan tukun tiruan rekreasi di Sampadi menurut Liza bakal menutup tirai inisiatif JPLS berkenaan tahun ini iaitu pada September depan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan