Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mat rempit yang ditahan selepas didapati berada di bawah pengaruh dadah pada operasi di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth dekat Bagan Ajam di sini hari ini. Foto: BSPT IPD SPU

Tiga mat rempit positif syabu ditahan polis

BUTTERWORTH, 26 Ogos: Tiga lelaki di bawah pengaruh dadah ditahan polis semasa Ops Samseng Jalanan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dekat Bagan Ajam di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner (ACP) Mohd Asri Shafie berkata, suspek ditahan selepas ujian saringan air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah jenis methamphetamine.

Mohd Asri menambah masing-masing yang ditahan pada operasi selama lapan jam berakhir pukul 8 pagi tadi itu berusia 21, 22 dan 36 tahun.

“Salah seorang daripada suspek didapati mempamerkan nombor pendaftaran palsu pada kenderaannya (motosikal) dan disiasat di bawah Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Selain itu, 13 buah motosikal disita dan sebanyak 77 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Kesemua suspek yang positif syabu tersebut menurut Mohd Asri telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daereh SPU untuk tindakan lanjut.

Tegas beliau pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti tidak bermoral seperti kegiatan samseng jalanan dan akan melakukan operasi secara giat bagi membendung kegiatan tidak berfaedah itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan