Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berpeluang untuk melihat teknologi dan infrastruktur penyimpanan karbon di Northern Lights, Norway. Foto: Mohamed Raffiq (TVS)

Sektor tenaga akan jadi tunjang ekonomi Sarawak – Abang Johari

KUCHING, 26 Ogos: Tumpuan Sarawak kepada tenaga hijau dan tenaga boleh baharu (TBB) akan menjadi tunjang kepada ekonomi negeri menuju ke 2030 dan seterusnya, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Abang Johari dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Premier Sarawak berkata pembangunan semua sektor lain adalah susulan daripada pertumbuhan industri tenaga.

Kaedah penyimpanan karbon diteliti, ambil kira aspek geologi dasar laut – Abang Johari

Beliau berkata demikian menerusi ucapan alu-aluannya semasa mesyuarat dengan para pegawai tertinggi Shell di ibu pejabat gergasi minyak dunia itu di London, hari ini.

Abang Johari yang mengetuai delegasi ke Sweden, Norway dan United Kingdom (UK), berlepas ke London dari Oslo petang semalam untuk memuktamadkan lawatan kerja selama seminggu yang bertujuan untuk mengkaji dasar Ombudsman Sweden, inisiatif dan dasar penyimpanan pemerangkapan karbon (CCS) Norway dan UK serta industri tenaga boleh baharu negara-negara tersebut.

Kaedah penyimpanan karbon diteliti, ambil kira aspek geologi dasar laut – Abang Johari

“Premier menyeru Shell yang mempunyai sejarah panjang dalam industri minyak dan gas di Sarawak untuk terus menjadi rakan kongsi Sarawak dalam pembangunan sumber minyak dan gas CCS.

“Beliau memuji Shell yang telah memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi Sarawak sejak minyak mula digerudi pada 1910 di Miri,” demikian menurut kenyataan itu.

Antara yang mengiringi Abang Johari ialah Timbalan Premier dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta Timbalan Menteri Kelestarian Tenaga dan Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni.

Premier dan anggota delegasinya disambut oleh Naib Presiden Eksekutif Shell bagi minyak dan gas konvensional Peter Costello, Naib Presiden Eksekutif eksplorasi Marc Gerrits dan Pengerusi Negara Shell Malaysia Siti Hurrairah Sulaiman semasa ketibaan mereka di premis tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan