SERIAN, 26 Ogos: Konsep laluan bagi Transit Aliran Automasi (ART) sepanjang tiga kilometer dari Kampung Rembus hingga ke Jambatan Kuap di jangka siap pada penghujung September atau Oktober depan.
Timbalan Menteri Penggankutan Sarawak, Datuk Jerip Susil berkata, pembinaan laluan tersebut sedang giat dijalankan bagi membolehkan pengujian kenderaan prototaip ART Hydrogen yang dijadualkan bagi laluan tersebut dilakukan pada November kelak.
Abang Johari bakal lancar latihan kejuruteraan ART September ini
Menurutnya ketika ini ujian pemanduan kenderaan prototaip itu sedang dilakukan di kawasan Isthmus sebelum ia diuji dilaluan Lebuhraya Kuching-Samarahan.
“Kita harap kita dapat meletakkan ia dalam bukti konsep (POC) di Bahagian Samarahan dan sekarang ini kita hanya membuat laluan sahaja dari Kampung Rembus hingga ke Jambatan Kuap,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Jelajah Advokasi Keselamatan Lebuh Raya Pan Borneo di sini pdaa Sabtu.
Abang Johari bakal lancar latihan kejuruteraan ART September ini
Untuk rekod Bahagian Serian menjadi lokasi kedua penganjuran program berkenaan selepas Zon Kuching yang disertai 250 ketua kaum dan ketua masyarakat di bahagian berkenaan.
Program tersebut bertujuan untuk menyampaikan maklumat dan memberi kesedaran kepada orang awam melalui taklimat mengenai peraturan-peraturan trafik, advokasi serta aspek keselamatan di Lebuhraya Pan Borneo secara menyeluruh.
Jelajah program advokasi secara berterusan itu merupakan salah satu usaha dalam memberikan pendidikan dan panduan kepada pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas ketika berada di Lebuhraya Pan Borneo Sarawak. -TVS