Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas merakam kenangan bersama para penerima bantuan pada Program Penyerahan Bantuan Persekolahan Kepada Pelajar Sekolah B40 di Dewan SJKC Kee Tee Long Lama di Miri hari ini. Foto: TVS.

UNIMAS, RECODA kaji aktiviti ekonomi penduduk HDA

MIRI, 25 Ogos: Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) bersama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan mengkaji aktiviti ekonomi penduduk di kawasan seliaan Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA).

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, inisiatif berkenaan bertujuan untuk membantu dan mengembangkan aktiviti ekonomi penduduk terutamanya dalam pertanian berteknologi tinggi yang terkini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerima cenderamata daripada CEO RECODA, Datu Ismawi Ismuni pada Program Penyerahan Bantuan Persekolahan Kepada Pelajar Sekolah B40 di Dewan SJKC Kee Tee Long Lama di Miri pada hari ini. Foto: TVS.

“Bagi ekonomi, kita telah dapatkan UNIMAS dan RECODA untuk mengkaji aktiviti ekonomi yang telah dijalankan di kawasan sini.

“Bagaimana hendak mengembangkan dan membantu aktiviti ekonomi dan perancangan pembangunan ekonomi yang lain khususnya pertanian berteknologi tinggi terkini.

“Jadi ini adalah arah tuju HDA yang kita harap orang Baram tidak akan rasa ketinggalan,” katanya ketika ditemui selepas Program Penyerahan Bantuan Persekolahan Kepada Pelajar Sekolah B40 di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kee Tee Long Lama di Miri hari ini.

Selain itu, jelas beliau mesyuarat dengan empat jawatankuasa kecil akan dijalankan pada bulan hadapan bagi merancang dan melaksanakan pembangunan holistik untuk infrastruktur, sosial, ekonomi, belia, pertanian dan kesihatan.

“Kita merancang pembangunan holistik untuk kawasan ini. Tumpuan utama kita infrastruktur sedang berjalan, tetapi itu tidak lengkap. Pembangunan mesti holistik merangkumi pembangunan sosial, ekonomi, belia, pertanian dan kesihatan. Hal ini kerana banyak klinik di sini masih usang dan sebagainya.

“Jadi jawatankuasa ini akan melihat secara teliti untuk memberi perancangan. Saya akan bawa mesyuarat pada September supaya kita dapat merancang dan melaksanakan pembangunan holistik pada tahun depan,” ujarnya lagi.

Empat jawatankuasa kecil telah ditubuhkan di bawah HDA pada bulan lepas untuk mempertingkat dan mempercepatkan pelaksanaan pelbagai program pembangunannya selain memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di kawasan HDA.

Jawatakuasa tersebut merupakan Infrastruktur, Utiliti dan Telekomunikasi; Pendidikan, Kesihatan dan Keselamatan; Pembangunan Masyarakat, Pertanian dan Pelancongan; dan Belia, Sukan dan Latihan Teknikal. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan