Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama rombongannya ke Norway. Foto: Mohamed Raffiq (TVS)

Sarawak cadang hantar pelajar ke Norway pelajari teknologi berkaitan karbon

ByAmirah Shawel

OSLO, 25 Ogos: Kerajaan Sarawak berhasrat menjalinkan kerjasama dengan Norway dalam bidang pendidikan khususnya dalam bidang penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS).

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu Sarawak melahirkan lebih ramai pakar dalam sektor berkenaan dengan menghantar pelajarnya ke institusi pengajian tinggi di Norway.

Hantar pelajar ke Norway, belajar teknologi CCS | TVS

Ini kerana Sarawak dan Norway memiliki sinergi dari aspek penjanaan dan sumber ekonomi dalam penghasilan kuasa hidro serta minyak dan gas.

“Kita perlu hantar pelajar pelajar kita ke sini supaya mereka dapat belajar dengan lebih mendalam tentang kaedah untuk mempertingkat teknologi CCS.

“Dari segi teknologi, Norway sangat maju. Saya juga menyebut kita adalah negara membangun dan mereka adalah negara maju. Apa yang boleh kita lakukan ialah hantar pelajar ke sini (belajar) di universiti tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS selepas pertemuannya dengan syarikat penasihat peralihan tenaga, Det Norske Veritas (DNV) di sini pada Khamis.

Abang Johari berkata perkara itu juga telah dibincangkan bersama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan pelajar yang dihantar ke negara itu perlu mempunyai penguasaan dalam Bahasa Inggeris, malah berpeluang untuk mempelajari Bahasa Norwegia.

“Saya yakin duta (Malaysia) akan mengesyorkan universiti yang bersesuaian untuk mereka,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan