Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fazzrudin Abdul Rahman (tengah) merakam gambar kenangan bersama Datuk Dr. Siti Zainon Ismail (tiga, kiri) dan Dr. Hazami Jahari (tiga, kanan). Foto: TVS.

Malam Bahasa Jiwa Bangsa hidupkan seni sastera – Fazzrudin

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 24 Ogos: Malam Bahasa Jiwa Bangsa bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2023 menghidupkan seni sastera dalam kalangan masyarakat negeri ini, kata Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman.

Menurut beliau program anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) itu merupakan platform untuk memperkenalkan keindahan seni sastera kepada generasi akan datang.

Fazzrudin merakam kenangan bersama pelajar sekolah di Malam Bahasa Jiwa Bangsa di DBP Cawangan Sarawak. Foto: FB Fazzrudin Abdul Rahman

“(Program ini) menghargai karya seni yang pada suatu ketika dahulu sangat terkenal dengan lembut bahasanya yang diselitkan dengan pelbagai nasihat berkaitan dengan kehidupan.

“Semoga masyarakat kita hari ini dan generasi akan datang sentiasa memartabatkan bahasa kita kerana bahasa jiwa bangsa,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini.
Fazzrudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong itu turut mendedahkan beliau teruja menghadiri Malam Bahasa Jiwa Bangsa bersempena dengan Sambutan Bulan Kebangsaan 2023 di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS), semalam.
“Sambutan yang meriah dengan sajian persembahan tarian, deklamasi sajak, lagu asli, dendangan syair dan pidato umum.
“Saya juga diberikan peluang untuk mendeklamasikan sajak kepada semua yang hadir,” ujarnya.
Terdahulu, program tahunan DBPCS itu menyaksikan sambutan tahun ini menampilkan Sasterawan Negara Datuk Dr. Siti Zainon Ismail dan Sasterawan Negeri Sarawak Datu Dr Adi Badiozaman Tuah, di sini pada Khamis.
Persembahan pentas Malam Bahasa Jiwa Bangsa. Foto: FB Fazzrudin Abdul Rahman
Selain itu, sambutan sekitar 2 jam itu turut mmengenegahkan persembahan daripada lapan penyair dan tujuh pendeklamator sajak yang melontarkan karya seni masing-masing di pentas berkenaan.
Hadir sama Ketua Pengarah DBP Malaysia Dr. Hazami Jahari dan Pengarah DBP Cawangan Sarawak Abang Haliman Abang Julai.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan