Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan bergambar bersama 13 orang peserta yang mewakili zon masing-masing bagi Debaran Separuh Akhir Bintang Kecil 2023. Foto: TVS

Kemuncak Bintang Kecil 2023 janjikan hadiah wang tunai RM90,000

KUCHING, 25 Ogos: Kemuncak Bintang Kecil 2023 mempertaruhkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM90,000 pada 3 September ini diĀ Arena Gemilang, DeTAR Putra, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan berkata pentas itu nanti menyaksikan lapan peserta yang akan bersaing merebut gelaran Juara Bintang Kecil 2023 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM20,000.

“Naib juara RM15,000, tempat ketiga RM10,000 dan saguhati,” katanya pada pada sidang media Bintang Kecil 2023 di Kuching di sini, pada Jumaat.

Menurut Snowdan lagi antara zon yang bakal bertanding adalah dari Zon Sarawak, Sabah, Semenanjung serta negara jiran Republik Indonesia dan juga Brunei Darussalam.

Terdahulu, beliau mendedahkan Debaran Separuh Akhir Bintang Kecil 2023 bakal menampilkan 13 pesertaĀ pada 27 Ogos ini di Auditorium P. Ramlee, RTM Kuching.

“Masing-masing pesertaĀ akan melontarkan lagu solo serta berduet secara berkumpulan bagi bersaing untuk melayakkan diri ke Kemuncak Bintang Kecil 2023 pada 3 September,” ujarnya.

Snowdan dalam pada itu menyifatkan pertandinganĀ anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sarawak itu merupakan platform bagi mengasah bakat anak seni di negeri ini.

ā€œKita yakin dan percaya, program Bintang Kecil 2023 anjuran RTM ini berupaya menjadi platform terbaik untuk menggilap bakat-bakat cilik selari dengan keperluan dan kehendak industri hiburan di samping membina keyakinan diri mereka agar terus cemerlang dalam apa-apa jua bidang yang diceburi oleh mereka nanti,ā€ ujarnya.

Debaran Separuh Akhir Bintang Kecil dan Kemuncak Bintang Kecil 2023 boleh ditonton secara langsung melalui saluran TV2 dan Live Facebook RTM Sarawak.

Pihak RTM juga akan turut mengadakan Mini Karnival Makanan yang akan bermula pada 26 dan 27 Ogos 2023.

Turut hadir Pengarah Penyiaran Sarawak, Wan Azhan Wan Hamat, Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Nasir Lariwoo dan Penerbit Program Bintang Kecil 2023, Mohd Redza Razali. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan