Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Indonesia masih mempertimbangkan dan meneliti mengenai penyertaannya untuk menjadi ahli BRICS. Foto hiasan: Envato

Indonesia masih menimbang dengan teliti untuk sertai BRICS – Jokowi

ByBernama

JAKARTA, 25 Ogos: Indonesia masih mempertimbangkan dan meneliti mengenai  penyertaannya untuk menjadi ahli BRICS, kata Presiden Joko Widodo.

BRICS ialah kumpulan ekonomi sedang pesat membangun terdiri Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika Selatan.

“Kami mahu mengkaji dan menyemak dahulu, kami tidak mahu tergesa-gesa,” katanya dalam satu kenyataan selepas menghadiri Sidang Kemuncak ke-15 BRICS di Pusat Konvensyen Sandton di Johannesburg, Afrika Selatan pada Khamis.

Walaupun proses menjadi ahli BRICS melibatkan penyerahan surat sebagai menyatakan hasrat, Joko Widodo berkata Indonesia masih belum berbuat demikian.

Bagaimanapun, beliau berkata hubungan dengan negara anggota BRICS tetap di landasan yang positif, terutamanya dari segi ekonomi.

Sementara itu, kumpulan BRICS bersetuju untuk memasukkan Arab Saudi, Iran, Ethiopia, Mesir, Argentina dan Emiriah Arab Bersatu sebagai ahli baharu.

Semasa BRICS-Africa Outreach dan Dialog BRICS Plus di sidang kemuncak itu, Joko Widodo menggesa negara membangun untuk bersatu dan berpegang teguh dengan hak mereka.

Beliau berkata menentang diskriminasi perdagangan, menghapuskan halangan kepada industri hiliran, dan menggalakkan kerjasama yang saksama dan inklusif merupakan aspek yang sangat penting.

Di samping itu, beliau turut menekankan mengenai ketidakadilan ekonomi global semasa sambil menyentuh tentang jurang perbezaan yang semakin meningkat antara negara membangun dan negara lain yang mengakibatkan penderitaan rakyat.

“BRICS berpotensi untuk memimpin dalam menggalakkan keadilan pembangunan dan membentuk semula tadbir urus global yang lebih saksama,” kata Joko Widodo.

Mula ditubuhkan pada 2009 dengan dikenali sebagai BRIC, nama itu kemudian ditukar kepada BRICS apabila Afrika Selatan menyertainya pada tahun 2010.

BRICS bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dalam kalangan negara anggota berkaitan hal ekonomi, politik dan sosial. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan