Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Barang rampasan termasuk dua laras dua laras senapang patah jenis bakakuk dan dua laras senapang angin buatan sendiri yang dirampas daripada suspek. Foto: JSJ IPD Julau

Dendam cinta ditolak, remaja miliki senapang buatan sendiri tembak 4WD

JULAU, 25 Ogos: Dendam cintanya ditolak menjadi punca seorang remaja menembak sebuah kenderaan pacuan empat roda di sini pada Rabu lalu.

Insiden tersebut telah dilaporkan oleh seorang pengadu yang menyatakan kenderaan jenis Toyota Hilux milik anaknya telah ditembak di sebelah pemandu ketika pulang ke rumah di Sungai Pinang, Jalan Wak Buku di Pakan pada jam 10.45 malam.

Ketua Polis Daerah Julau, Deputi Superintendan (DSP) Andam Sulin berkata, suspek lelaki berusia 20-an telah berjaya ditangkap di Pakan sekitar jam 5.30 petang keesokannya (Khamis).

“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) D9 Ibu-pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dan pasukan JSJ Julau telah berjaya menangkap suspek berbangsa Iban serta merampas dua laras senapang patah jenis Bakakuk dan dua laras senapang angin buatan sendiri,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurutnya rampasan dan tangkapan telah dibawa ke IPD Julau untuk siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum selama 10 tahun.

“Kita percaya motif suspek bertindak sedemikian adalah kerana perasaan dendam suspek terhadap keluarga mangsa kerana cintanya telah ditolak oleh salah seorang daripada keluarga pengadu,” jelasnya.

Suspek kini direman selama empat hari di Lokap Balai Polis Julau untuk membantu siasatan lanjut.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan undang-undang sendiri.

Di samping itu katanya pihak polis menasihatkan orang awam agar tidak memiliki senjata api buatan sendiri yang menyalahi undang-undang dibawah Akta Senjata Api 1960 dan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 8a akta yang sama.

“Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun penjara atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Tegasnya, pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak jika didapati melanggar akta tersebut. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found