Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Crying In The Shower. Foto: MFMF.

Crying in The Shower, kemunculan hebat Asheu, Yedira, Yuji dan MFMF

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 24 Ogos: Tiga pemuzik indie iaitu Asheu, Yedira dan Yuji kembali menghiburkan peminat mereka menerusi Extended Play (EP) Crying In The Shower.

Karya yang diterbitkan oleh Music For My Friends (MFMF) itu menampilkan tiga buah lagu untuk setiap penyanyi.

Crying in The Shower, tangisan dan luahan jejaka ‘bendera merah’ | TVS

Penerbitnya, Brendan Lim berkata, buah tangan terbaharu itu keseluruhannya berkisar mengenai hubungan bermasalah yang dialami oleh seorang lelaki.

“Sebenarnya Crying In The Shower merupakan kerjasama kami dengan TikTok Malaysia.

“Selepas dihubungi TikTok, saya tidak mengambil masa yang lama untuk mencari orang yang sesuai bagi menjayakan projek ini,” katanya kepada TVS baru-baru ini.

Menurut Brendan, pemilihan Asheu, Yedira dan Yuji yang mempunyai gaya berbeza bukan masalah besar kerana wujud persamaan genre R&B yang memudahkan proses rakaman.

MFMF intai kerjasama dengan artis tempatan | TVS

Sementara itu, Asheu, Yedira dan Yuji memberitahu walaupun berjaya merakamkan lagu dalam masa singkat, mereka juga tidak terlepas daripada berdepan cabaran lain.

Asheu, 21, berkata, pada mulanya dia mengalami kesukaran untuk menentukan lagu dalam versi yang lengkap walaupun proses ‘brainstorming’ dilakukan.

“Kebetulan Yuji berada di studio ketika itu dan dia sudi membantu saya.

“Antara cabaran lain ialah dua hari selepas sesi pertama, saya stuck di bahagian melodi dan lirik,” katanya lagi.

Berkongsi cerita, Yedira, 22, pula berkata, selain berbeza pendapat, dia juga terpaksa menukar idea dan merakam semula lagu dari awal.

“Pada pertengahan sesi rakaman, Brendan meminta ‘key’ yang saya gunakan ditukar supaya sesuai dengan lagu.

“Saya berkata ia perkara mustahil dan memintanya untuk merendahkan key,” katanya.

Yuji,20, berkata, dia hanya mengalami kesukaran pada fasa awal pembikanan lagu sahaja.

“Saya maklumkan kepada Brendan untuk bermula di bahagian korus dahulu, kemudian saya menulis bahagian korus dan verse dan menunjukkan hasil tersebut kepadanya.Tidak disangka ia menunjukkan hasil yang baik,” katanya.

Crying In The Shower membuka tirainya dengan ‘Oh No’ dendangan Yuji yang mengisahkan mengenai hubungan yang berada di ambang kemusnahan.

Seterusnya diikuti ‘Tick Tock’ dendangan Yedira yang berkisar tentang usaha menyelesaikan masalah tanpa sebarang tindakan.

Album itu diakhiri lagu ‘It’s You’ (The Love Of My Life) yang didendangkan oleh Asheu.

Dari kiri: Yedira, Brendan, Yuji dan Asheu. Foto: MFMF.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kerjasama dengan artis Sarawak pula, Brendan menyatakan minatnya.

“Saya berharap agar boleh bekerjasama dengan Ziji.Q.

“Sarawak mempunyai bakat yang sangat bagus dan sudah tiba masanya untuk orang Malaysia Timur menyinar,” katanya lagi.

Sebelum pelancaran Crying In The Shower, Asheu dan Yuji melancarkan lagu yang berjudul ‘Tired’ yang dilancarkan pada 14 Julai lepas manakala Yedira melancarkan lagu solonya yang pertama berjudul ‘Take It Slow’ pada 15 Jun lalu.

Setakat Khamis EP ini sudah meraih lebih 40,000 pendengar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan