Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah rumah dua tingkat di Pokok Sena di sini musnah dalam kebakaran yang dipercayai akibat dibakar oleh sorang penghuninya malam tadi. Foto: JBPM Pulau Pinang.

Banduan baru keluar penjara ditahan bakar rumah keluarga

KEPALA BATAS, 24 Ogos: Seorang banduan yang baru keluar penjara ditahan polis selepas membakar rumah pusaka keluarganya di Pokok Sena di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 9 malam itu dikatakan berlaku apabila suspek berang selepas adiknya enggan mengikut permintaannya memberikan rokok yang diminta.

Sebuah rumah dua tingkat di Pokok Sena di sini musnah dalam kebakaran yang dipercayai akibat dibakar oleh sorang penghuninya malam tadi. Foto: JBPM Pulau Pinang.

Ketika kejadian, suspek tinggal berdua bersama adiknya sementara ibu mereka melawat salah seorang anak di Balik Pulau.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner (ACP) Mohd. Asri Shafie berkata, kejadian berlaku ketika adik suspek pergi ke balai polis untuk membuat laporan kerana tidak tahan dengan perangai abangnya.

Ujarnya, jiran mereka telah menghubungi adik suspek untuk memaklumkan rumah mereka telah dibakar manakala suspek turut berjaya ditangkap.

“Kejadian itu menyebabkan kesemua harta di dalam rumah dua tingkat dengan lima bilik tidur itu musnah terbakar termasuk empat buah motosikal lama yang diletakkan di dapur.

“Rumah jiran yang paling dekat bagaimanapun hanya mengalami kebakaran dinding dapur,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ujar Mohd. Asri, menurut pengakuan awal penagih dadah yang baru keluar penjara pada Jun lalu itu, dia bertindak membakar langsir rumah menggunakan pemetik api di dalam bilik tidurnya.

“Sebelum kejadian, suspek telah mengamuk apabila marah kepada adiknya kerana tidak mahu memberikan rokok kepada suspek.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek yang mempunyai 14 rekod lampau itu positif dadah jenis syabu,” katanya lagi.

Ujar beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, premis separa kayu berkeluasan kira-kira 183 meter persegi itu terbakar kira-kira 95 peratus. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan