Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa sesi bergambar bersama para pelajar pada Program Penyerahan Bantuan Persekolahan Kepada Pelajar Sekolah B40 di Dewan SJKC Kee Tee Long Lama di Miri hari ini. Foto: TVS

8 daripada 50 projek HDA telah siap – Uggah

MIRI, 25 Ogos: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini mengumumkan lapan daripada 50 projek Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) kini telah siap.

Menurut beliau kesemua 50 projek itu dilaksanakan menerusi peruntukan berjumlah RM1.5 billion yang disediakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merangkumi jambatan dengan jalan raya, bekalan air dan elektrik.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa sesi bergambar bersama para penerima pada Program Penyerahan Bantuan Persekolahan Kepada Pelajar Sekolah B40 di Dewan SJKC Kee Tee Long Lama di Miri pada hari ini. Foto: TVS

“Premier Sarawak telah memperuntukkan sebanyak RM1.5 billion bagi HDA. Selepas perbincangan dengan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK), kita telah menyenaraikan 50 projek dari tahun 2017. Lapan projek telah siap, 12 sedang dibina, 18 dalam peringkat tender dan 12 dalam perancangan.

“Daripada 50 projek tersebut, 29 adalah projek jambatan dengan jalan raya, 19 adalah bekalan air dan dua adalah elektrik,” katanya ketika ditemui selepas Program Penyerahan Bantuan Persekolahan Kepada Pelajar Sekolah B40 di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kee Tee Long Lama di Miri pada Jumaat.

Beliau yang juga Pengerusi HDA dalam pada itu mengingatkan masyarakat setempat agar bekerjasama dengan kerajaan yang berusaha menaik taraf ekonomi dan kehidupan penduduk di kawasan di sini.

“Rakyat mesti bekerjasama kerana sekarang memang banyak masalah. Misalnya kita bagi subsidi untuk pemilik kerbau di kawasan Bario. Industri kerbau sekarang tidaak terkawal, tetapi ini mungkin satu industri yang kita boleh bangunkan.

“Oleh itu, pemilik kerbau mesti beri kerjasama. Begitu juga bidang pertanian kerana kita dedahkan teknologi pertanian yang terkini seperti pertanian jitu kepada rakyat. Itu yang kita harapkan rakyat beri kerjasama,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Stesen Pertanian Tanah Tinggi Bersepadu (IHAS) di Long Banga juga telah ditubuhkan sebagai pusat latihan dan penyelidikan untuk Jabatan Pertanian bagi menaik taraf corak kehidupan dan ekonomi penduduk di pedalaman dengan meningkatkan pertanian dan pemprosesan makanan menggunakan teknologi terkini.

Terdahulu, Program Penyerahan Bantuan Persekolahan Pelajar B40 tertumpu kepada 300 orang pelajar dari 24 buah sekolah rendah dan enam buah sekolah menengah daripada keluarga yang berpendapatan isi rumah RM4,850 ke bawah di sekitar kawasan Marudi, Telang Usan dan Mulu.

Sumbangan yang diserahkan berupa keperluan asas sekolah iaitu pakaian seragam, kasut, beg dan alat tulis. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan