Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah semasa menyaksikan penyerahan sumbangan daripada Ketua Pegawai Operasi Samling Group of Companies, James Ho Yam Kuan (kanan Fatimah) kepada Arkitek Majlis Bandaraya Miri (MBM), Zafirah Jahidi (dua dari kiri Fatimah). Foto: TVS.

TTG Miri dijangka beroperasi April 2024

MIRI, 24 Ogos: Tempat Transit Gelandangan (TTG) di sini dijangka akan mula beroperasi pada April 2024, kata Dato Sri Fatimah Abdullah.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak berkata, TTG Miri akan memfokuskan usaha membantu gelandangan untuk mengubah hidup mereka.

Kata Fatimah, kementerian membuat keputusan untuk mewujudkan TTG di sini berdasarkan statistik yang diperolehi pihaknya.

“Statistik menunjukkan di Sarawak antara Januari hingga Julai 2023 adalah sebanyak 93 orang.

“Ini hasil 31 operasi menyelamat dan cerapan gelandangan yang dijalankan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Simbolik Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (SCR) Syarikat Samling Group of Companies di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Rosey Yunus dan Ketua Pegawai Operasi Syarikat Samling Group of Companies James Ho Yam Kuan.

Syarikat berkenaan menyumbang sebanyak RM250 000 kepada Kerajaan Sarawak bagi membantu penyediaan TTG.

Bangunan TTG Miri. Foto: TVS.

Sementara itu, Fatimah memberitahu, sumbangan itu akan digunakan untuk membaik pulih bangunan lama yang akan dijadikan TTG.

“Selepas itu, seperti di Sibu, kita juga akan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menguruskan tempat ini,” katanya.

Sementara itu beliau turut memaklumkan, TTG Bintulu kini di peringkat pembinaan dan dijangka siap pada April 2025 manakala TTG Kuching dalam proses tender. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan