MUKAH, 24 Ogos: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Oya dinobatkanĀ juara keseluruhan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah (MSS) Bahagian Mukah kali ke -19 di Kompleks Sukan Daro, di sini pada Rabu.
Kemenangan itu menyaksikanĀ SMK Oya berada di kedudukan teratas bagi kategori sekolah menengah sekali gus mengetepikan cabaran 10 buah sekolah lain yang turut bertanding.
Sementara itu, kategori sekolah rendah yang menyaksikan tiga penyertaan pula menyaksikan Majlis Sukan Sekolah Rendah (MSSR) Mukah sebagai juara keseluruhan.
Majlis penutupan kejohanan anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semop itu disempurnakan Ahli Parlimen Tanjung Manis, Ir Yusuf Abd Wahab.
Sementara itu, dalam ucapannya,Ā Yusuf menegaskan kerajaan sentiasa komited membantu merancakkan arena sukan Sarawak termasuk memberi sokongan padu kepada penganjuran program sukan di peringkat sekolah.
Menurutnya, kerajaan juga sentiasa menyokong usaha dan inisiatif itu, kerana bukan sahaja menggalakkan perkembangan sektor industri sukan tetapi menyediakan platform kepada generasi muda untuk terlibat dalam aktiviti lebih sihat.
āSaya menyokong penuh penganjuran program-program seperti ini dan seharusnya mendapat penyertaan semaksimum yang mungkin daripada semua sekolah bahagian Mukah.
āHal ini kerana, program yang dianjurkan bukan sahaja menguji kekuatan mental dan fizikal malah dapat memupuk sifat kerjasama selari dan berjalan seiring dengan usaha kita memartabatkan sukan di negara kita,ā katanya.
Tambahnya, kejohanan seperti olahraga Majlis Sukan Sekolah (MSS) bahagian Mukah merupakan wadah terbaik untuk memupuk budaya bersukan dalam kalangan pelajar. -TVS