Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalannya, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan diberi taklimat ketika mengunjungi infrastruktur penyimpanan karbon di Northern Lights, Norway. Foto: TVS

Sarawak di barisan hadapan inovasi hijau

ByOdleen Catherny

KUCHING, 24 Ogos: Sarawak dilihat sebagai pencetus inovasi hijau serta mampu mewujudkan ekonomi yang lebih cekap menerusi usaha berterusan untuk menguasai ilmu perdagangan karbon.

Pensyarah Kanan Politik dan Ekonomi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Dr Firdausi Suffian berkata, ini dapat dilihat menerusi lawatan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ke Norway.

Sarawak kaji protokol antarabangsa berhubung perdagangan karbon – Abang Johari

Kata beliau, Sarawak telah berada di barisan hadapan dalam mencapai pelepasan sifar bersih dan seterusnya memacu ekonomi hijau.

“Apabila bermulanya perdagangan karbon, ia mencetuskan inovasi hijau kerana kita cuba yang terbaik untuk mengurangkan pelepasan karbon.

“Ini juga akan memberi nafas baharu kepada beberapa sektor industri terutamanya yang banyak menggunakan pelepasan karbon,” katanya kepada TVS hari ini.

Sarawak kaji protokol antarabangsa berhubung perdagangan karbon – Abang Johari

Beliau mengulas lawatan Abang Johari bersama delegasi Kerajaan Sarawak ke Norway bagi meneliti protokol antarabangsa berkaitan perdagangan karbon.

Jelas Abang Johari lawatan berkenaan penting bagi memastikan Sarawak dapat melaksanakan dasar perdagangan karbon yang baik dalam usahanya meneroka ekonomi baharu.

Sementara itu, Dr Firdausi berkata, usaha Kerajaan Sarawak itu boleh diperluaskan dengan memberi insentif kepada syarikat agar lebih inovatif terutamanya dari segi mengurangkan dagangan karbon.

“Pemain industri termasuk syarikat-syarikat juga akan lebih inovatif dalam mengambil pendekatan masing-masing termasuk memberi tumpuan serius kepada penggunaan teknologi canggih yang secara tidak langsung membawa kepada peluang pelaburan,” katanya.

Ditanya bagaimana perkara itu akan memacu pertumbuhan ekonomi, Dr Firdausi berkata, penggunaan teknologi baharu ini memerlukan pelaburan.

“Di sini yang akan membawa limpahan ekonomi.

“Satu lagi yang paling penting mengenai kebaikan pelepasan karbon ini ialah ia membuka ruang perdagangan yang lebih luas menerusi kerjasama bukan sahaja dengan negara ASEAN bahkan seluruh dunia,” jelasnya lagi.

Sarawak katanya sekali lagi menjadi negeri contoh dalam usahanya mengembangkan industri perdagangan karbon dan seterusnya menyokong dasar negara bukan sahaja dalam pelan ekonomi Madani malah juga dalam industri tersebut.

Tegas Dr Firdausi lagi sudah tiba masanya untuk Malaysia memperkenalkan sistem perdagangan karbon bagi memastikan kelestarian persekitaran negara.

Lawatan Abang Johari ke Norway juga melibatkan kunjungan kerja ke fasiliti pembangunan penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) di Bergen dan Oslo selama dua hari, termasuk fasiliti CCS Northern Lights.

Beliau kemudiannya dijadualkan untuk mengadakan pertemuan dengan pihak berkepentingan Shell di London, untuk lawatan kerjanya di Eropah bagi membincangkan pembangunan CCS. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan