Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fazzrudin Abdul Rahman (tengah) menghadiri Program Kamboh SARAWAKfm di Sekolah Seni Malaysia Sarawak semalam. Foto: TVS

Program Kamboh SARAWAKfm meriahkan Sekolah Seni Malaysia Sarawak

KUCHING, 24 Ogos: Penyampai radio SARAWAKfm memeriahkan Sekolah Seni Malaysia Sarawak menerusi Program Kamboh SARAWAKfm sempena Bulan Kebangsaan dan Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka.

Penerbit Program Kamboh SARAWAKfm, Uji Morni berkata, program terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu menjanjikan pelbagai aktiviti menarik sepanjang ia berlangsung.

“Program yang sebelum ini dikenali sebagai ‘Berambeh Radio di Lokasi’ telah dijenamakan semula kepada Program Kamboh SARAWAKfm.

“‘Kamboh’ membawa maksud melakukan sesuatu perkara yang meriah.

“Kemudian, dalam rancangan Kamboh, SARAWAKfm ini dipecahkan kepada beberapa acara lagi seperti Rakaman Showcase ‘Kamek Anak Malaysia’ dan Program ‘Kamek Sayang’,” katanya kepada pemberita selepas Program Kamboh SARAWAKfm di Sekolah Seni Malaysia Sarawak pada Rabu.

Menurutnya, Program Kamboh SARAWAKfm di Sekolah Seni Malaysia Sarawak itu menyajikan rancangan rakaman showcase ‘Kamek Anak Malaysia’ yang menampilkan penyampai-penyampai SARAWAKfm, guru-guru dan pelajar Sekolah Seni Malaysia Sarawak yang berkisarkan tentang sejarah penubuhan Malaysia dalam konsep persembahan hiburan santai.

Program ‘Kamek Sayang’ itu kata Uji, merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) RTM menerusi SARAWAKfm yang diadakan bagi menyantuni golongan yang memerlukan dan bakal menjelajah ke beberapa lokasi yang lain.

“Program ‘Kamek Sayang’ merupakan program CSR bagi SARAWAKfm di mana kita turun padang menyantuni golongan yang memerlukan.

“Setakat ini, SARAWAKfm telag menjelajah ke 20 lokasi dengan lebih 100 orang penerima. Menerusi Kamboh SARAWAKfm di Sekolah Seni Malaysia Sarawak pada kali ini, seramai 10 orang pelajar telah terpilih untuk menerima sumbangan,” ujarnya lagi.

Turut hadir Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Radio mewakili Pengarah Penyiaran Sarawak, Marril Chunggat serta Pengetua Sekolah Seni Malaysia Sarawak, Reduan Taha.

Terdahulu, majlis menyaksikan simbolik perasmian dengan upacara memotong kek perasmian Program Kamboh SARAWAKfm oleh Fazzrudin Abdul Rahman.

Selain itu, Fazzrudin juga turut menyampaikan sumbangan untuk Program ‘Kamek Sayang’ kepada 10 pelajar Sekolah Seni Malaysia Sarawak daripada penaja Mira Cake House, Metrocity berbentuk barangan keperluan harian.-TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found