KUCHING, 24 Ogos: Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyeru rakyat Malaysia mula mengibarkan Jalur Gemilang sempena diambang sambutan Hari Kebangsaan 2023, 31 Ogos ini.
“Mari rakyat Malaysia tidak kira fahaman politik, bangsa, agama dan pandangan…Kibarkan Jalur Gemilang (demi) menunjukkan bahawa kita sayangkan negara kita ini,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook hari ini.
Hantaran beliau itu turut mencatatkan bahawa semalam, (24 Ogos) beliau telah melancarkan program mengibarkan Jalur Gemilang di Parlimen dan di Istitusii Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia yang bekerjasama dengan Parlimen Malaysia.
“Sempena Hari Kebangsaan tahun ini, saya pada hari ini, 25 Ogos juga telah mengibar kanJalur Gemilang di rumah saya di Jalan Tengah Kuching,” ujar beliau.
Hantaran di Facebook Wan Junaidi yang juga merupakan mantan Ahli Parlimen Santubong dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) telah mendapat 33 tanda suka setakat jam 11.30 pagi ini. -TVS