Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat tempatan, Borneo Aromatic Coconut Sdn Bhd bagi meningkatkan pengeluaran kelapa negeri. Foto hiasan: Envato.

Kerajaan Sarawak meterai MoU dengan Borneo Aromatic tingkat pengeluaran kelapa

KUCHING, 24 Ogos: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat tempatan, Borneo Aromatic Coconut Sdn Bhd bagi meningkatkan pengeluaran kelapa negeri.

Memorandum itu ditandatangani oleh Pengarah Pertanian Sarawak Dominic Chunggat yang mewakili Jabatan Pertanian negeri bagi pihak kerajaan negeri Sarawak dan Borneo Aromatic Coconut yang diwakili Pengarahnya, Simon Chang See Moon, disaksikan Menteri FICORD Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Berucap pada majlis itu, Rundi berkata kerjasama itu selaras dengan rancangan untuk menjadikan kelapa antara komoditi utama Sarawak dengan menyasarkan negeri itu untuk menjadi pengeksport makanan bersih menjelang 2030.

“Dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (2016 hingga 2020), Jabatan Pertanian negeri membangunkan 2,338 hektar untuk pengeluaran kelapa yang memberi manfaat kepada 1,939 isi rumah dan menjalankan penyelenggaraan untuk 2,547 hektar ladang kelapa yang memanfaatkan 1,944 isi rumah,” katanya.

Beliau berkata kawasan tanaman kelapa Sarawak dianggarkan seluas 12,105 hektar tahun lepas dengan empat bahagian terluas ialah Samarahan dengan 5,757 hektar, Mukah (2,394 hektar), Kuching (2,006 hektar) dan Betong (1,537 hektar).

Dari 2021 hingga 2022, kementeriannya telah membangunkan 88.5 hektar untuk pengeluaran kelapa baharu yang memberi manfaat kepada 66 isi rumah, dan menjalankan penyelenggaraan untuk 875 hektar ladang kelapa sedia ada yang memanfaatkan 712 isi rumah, kata Rundi.

Beliau berkata adalah menjadi harapannya agar pihak-pihak dalam MoU itu akan mengemukakan inisiatif untuk melibatkan komuniti asas tani di kawasan luar bandar bagi mempercepatkan pembangunan industri dan mengukuhkan rantaian bekalan semasa.

M-FICORD komited untuk mengubah pertanian menjadi sektor yang rancak, progresif dan mampan yang  didorong oleh teknologi untuk memastikan keselamatan dan keterjaminan makanan.

Ini seterusnya akan menghasilkan kekayaan baharu untuk komuniti asas tani dan menjana pendapatan yang lebih tinggi untuk komuniti petani, katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan