Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab menyampaikan sumbangan kepada seorang penerima bantuan pendidikan kawasan Parlimen Tanjong Manis. Foto: TVS

Bantuan pendidikan demi lahirkan modal insan berkualiti – Yusuf

TANJUNG MANIS, 24 Ogos: Kesungguhan Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab membantu pelajar di kawasan itu menimba ilmu di institut pengajian tinggi (IPT) terserlah melalui peruntukan RM200,000 yang disalurkan setakat ini.

Beliau berkata, bantuan berterusan itu bertujuan melahirkan modal insan berkualiti dan memastikan generasi muda kawasan Tanjong Manis menikmati kehidupan lebih terjamin pada masa depan.

Menurutnya, ia merupakan salah satu insentif penting yang menjadi pembakar semangat kepada mereka untuk cemerlang dalam bidang akademik.

“Setidak-tidaknya boleh menjadi pembakar semangat kepada mereka untuk belajar bersungguh-sungguh. Insentif khas ini juga untuk mereka yang berjaya masuk ke tingkatan enam, kolej, matrikulasi atau universiti,” katanya kepada media selepas menyampaikan sumbangan insentif bantuan pelajar kawasan Parlimen Tanjong Manis di sini, hari ini.

Yusuf berkata mana-mana pelajar yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian di IPT boleh mengemukakan permohonan kerana tidak ada had tarikh tertentu bagi tujuan itu.

Malah katanya, bantuan itu bukan bermusim sebaliknya akan sentiasa disalurkan bagi memastikan pelajar tidak tercicir dalam arus pendidikan.

“Saya menggesa mana-mana ibu bapa ada anak yang berjaya masuk ke IPT supaya memberi maklumat tersebut kepada pejabat kami untuk diberikan sedikit bantuan.

“Syaratnya mudah, sama ada bapa atau ibunya adalah pengundi di kawasan Parlimen Tanjong Manis,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menghulurkan peruntukan sebanyak RM26,000 kepada pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan