Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Baju milik Sahari Mail yang hilang dipercayai dibaham buaya, ditemui pasukan carilamat, hari ini. Foto: APM Limbang.

Baju dan parang milik mangsa dipercayai dibaham buaya ditemui

LIMBANG, 24 Ogos: Parang dan baju milik warga emas yang hilang sejak Khamis lalu, dipercayai dibaham buaya ditemui pasukan mencari dan menyelamat (carilamat) hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Leftenan (PA) Mirwan Shah Masri berkata, petunjuk baharu itu ditemui pada 10 pagi, di kawasan anak sungai Luagan Pandam yang jarak tiga kilometer (km) dari Sahari Mail, 66, dilaporkan hilang.

Beliau berkata penemuan petunjuk baharu itu selepas tujuh hari carilamat dilancarkan.

“Pengesahan dibuat oleh keluarga mangsa bagi mengesahkan barangan yang dijumpai adalah milik mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, Sarawak Forestry Corporation (SFC) turut menambah, dua umpan dipasang di kawasan berdekatan barang mangsa ditemui.

Operasi pencarian diteruskan hingga Ahad.

Kali terakhir Sahari dilihat pada Khamis, 8.30 pagi dengan memakai baju berwarna biru dan seluar panjang berwarna coklat serta berkasut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan