Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berpeluang untuk melihat teknologi dan infrastruktur penyimpanan karbon di Northern Lights, Norway. Foto: Mohamed Raffiq (TVS)

Abang Johari tinjau fasiliti penyimpanan karbon di Norway

ByAmirah Shawel

BERGEN, 24 Ogos: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah berkunjung ke beberapa fasiliti penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) bagi meninjau teknologi yang digunakan oleh pemain industri di sini, pada Rabu.

Beliau yang mengetuai delegasi Kerajaan Sarawak ke Norway terlebih dahulu melawat ke fasiliti CCS Northern Lights yang terletak di Øygarden.

Abang Johari diiringi Timbalannya, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki tiba di pusat pelawat fasiliti tersebut pada jam 10.21 pagi.

Usai tiba, beliau bersama delegasi telah diberikan taklimat mengenai pelaksanaan dan pengoperasian Northern Lights oleh Pengarah Urusan, Børre Jacobsen dan Pengarah Projek, Sverre Overå.

Sarawak teroka prosedur kenakan cukai terhadap pengeluar karbon – Abang Johari

Seterusnya, Abang Johari telah diiring untuk masuk fasiliti itu bagi meninjau infrastruktur dan teknologi yang digunakan untuk melaksanakan CCS dalam skala yang besar.

Difahamkan, Northern Lights merupakan projek berskala besar bagi CCS pertama di Norway.

Sejurus itu, Abang Johari dibawa menaiki bot pelayar yang melalui fjord untuk ke fasiliti seterusnya di Technology Centre Mongstad.

Setibanya di fasiliti berkenaan sekitar jam 2.45 petang, delegasi kerajaan negeri telah diberikan taklimat mengenai modal perniagaan dan rangka kerja kawal selia pusat berkenaan.

Technology Centre Mongstad ialah fasiliti terbesar dalam menguji teknologi penangkapan karbon yang dibina oleh kebanyakan pemain industri utama di seluruh Eropah, sebelum mengkomersilkan teknologi tersebut.

Pusat itu memainkan peranan penting dalam pengkomersilan teknologi penangkapan karbon dan sentiasa mengalu-alukan pihak berkepentingan yang ingin menguji teknologi mereka.

Sarawak teroka prosedur kenakan cukai terhadap pengeluar karbon – Abang Johari

Selepas itu, Abang Johari dan delegasi diundang meninjau infrastruktur yang digunakan oleh pusat itu untuk menguji teknologi penangkapan karbon.

Lawatan kerja hari pertama di sini diakhiri dengan majlis makan malam yang dianjurkan oleh Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) di Hotel Norge by Scandic.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Datuk Bandar Øygarden, Tom Georg Indrevik. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan