Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Saraswathy Kandasami menyerahkan 'mock cheque' geran bantuan pembangunan kepada Koperasi Kampung Bidayuh Tebakang Serian Berhad. Foto: TVS

1,159 koperasi di Sarawak jana perolehan lebih RM392 juta

SERIAN, 24 Ogos: Sebanyak 1,159 koperasi dengan 310,125 anggota dan aset bernilai RM647.5 juta serta perolehan berjumlah RM392.6 juta direkodkan di Sarawak oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk tempoh hingga Disember 2022.

Daripada jumlah tersebut, 58 buah daripadanya berada di Bahagian Serian dengan keanggotaan lebih 14,000 orang berserta kekuatan aset sebanyak RM11.25 juta dengan pemilikan syer dan yuran berjumlah RM921,000 dan perolehan berjumlah RM24 juta.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Saraswathy Kandasami berkata, bersandarkan jumlah keanggotaan yang ramai, gerakan koperasi termasuk di Sarawak berupaya untuk menguasai sebahagian rantaian pasaran pemborongan dan peruncitan menerusi ekosistemnya yang komprehensif dan bersepadu.

“Jika semua sektor pemborongan dan peruncitan bergerak secara proaktif dan bersepadu sebagai satu gerakan, setiap anggotanya juga akan menerima manfaat termasuk peningkatan taraf sosioekonomi dan impaknya sangat besar kepada ekonomi rakyat dan negara.

“Ini kerana faktor koperasi tempatan menawarkan peluang kepada komuniti setempat untuk menjana pendapatan tambahan dengan menganggotai dan memiliki saham koperasi ini yang juga bertindak sebagai pemasar produk keluaran anggota-anggotanya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Pembangunan Ekonomi Komuniti Melalui Gerakan Koperasi di Kampung Ampungan di sini, hari ini.

Saraswathy menambah bantuan pembangunaan berjumlah RM50,000 bagi tujuan menaik taraf bangunan koperasi di kampung tersebut juga telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Menurutnya koperasi kampung tersebut yang ditubuhkan sejak 1979 telah melalui pelbagai cabaran serta ujian untuk terus kekal memberikan manfaat kepada komuniti kampung terbabit.

“Daripada tahun 2022 hingga 2023, SKM telah menyalurkan bantuan pembangunan sebanyak RM1.175 juta kepada 18 koperasi di Bahagian Serian dan sebanyak 17 buah koperasi yang disalurkan bantuan merupakan koperasi yang menjalankan aktiviti peruncitan,” katanya.-TVS`

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan