Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail dan Martin Ben pada sidang media bagi mengumumkan Sarawak Agrofest 20203 di Kuching, semalam. Foto: M-FICORD (FB)

100 ribu pengunjung dijangka ke Sarawak Agrofest 2023

KUCHING, 24 Ogos: Sarawak Agrofest yang akan berlangsung pada 22 September hingga 1 Oktober dijangka mampu menarik kehadiran 100,000 pengunjung.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata pelbagai jenis produk, perkhidmatan dan inovasi dijual serta dipamerkan sepanjang 10 hari festival itu berlangsung.

“Jangkaan jumlah pengunjung bukan sahaja melibatkan rakyat tempatan, malah pengunjung dari luar Sarawak.

“Selain daripada itu, lebih 200 pempamer akan mempamerkan produk mereka dan kita juga ada menyediakan reruai pameran untuk mereka,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah I Datuk Dr Abdul Rahman Ismail dan Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah II Martin Ben.

Bakal diadakan di Dataran Perayaan Stadium Negeri, Petra Jaya, beliau berkata Sarawak Agrofest merupakan kombinasi antara persidangan, pameran dan jualan, promosi jualan, promosi makan dan elemen-elemen pertandingan dalam satu festival pertanian besar-besaran menerusi pelbagai seksyen.

Dr Rundi berkata Sarawak Agrofest juga akan menyediakan peluang kepada pemegang-pemegang taruh pertanian mewujudkan jaringan, padanan perniagaan dan kerjasama bagi memperkukuhkan lagi rantaian bekalan serta nilai produk pertanian.

Bertemakan ‘Perindustrian untuk Kelestarian Sekuriti Makanan dan Komoditi’, festival itu akan dibahagikan mengikut seksyen AgroTrade, AgroTech, AgroFresh, Agri Input, Smart Farming, Vet Zoo, Sarawak Kitchen dan Pavilion.

Menurutnya, pemilihan tema festival adalah berlandaskan tiga tonggak utama kemampanan iaitu keterangkuman sosial, kemakmuran ekonomi dan kelestarian alam sekitar seperti digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

“Untuk mencapai impian ‘Sekuriti Makanan’ dan ‘Kelestarian’ kita perlu mengoptimumkan penggunaan sumber menerusi penggunaan teknologi digital, jentera dan automasi dalam sektor pertanian terutama di peringkat hiliran, peringkat paling penting.

“Ini seiring dengan wawasan dan visi saya untuk menjadikan Sarawak pengeksport utama makanan lebih-lebih lagi di rantau ini,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan