Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya enam pelajar sekolah di barat laut Pakistan terkandas di udara selepas wayar kereta kabel yang mereka naiki terputus pada Selasa. Foto: AP.

Pelajar terkandas di udara apabila wayar kereta kabel terputus

ByBernama

ISTANBUL, 23 Ogos: Sekurang-kurangnya enam pelajar sekolah di barat laut Pakistan terkandas di udara selepas wayar kereta kabel yang mereka naiki terputus pada Selasa, lapor media tempatan.

Usaha menyelamat masih dijalankan dalam kejadian di kawasan Allai Tehsil di wilayah Khyber Pakthtunkhawa, lapor Agensi Anadolu memetik akhbar tempatan di Pakistan, Dawn News.

Lapan orang berada dalam kereta kabel itu ketika kejadian berlaku kira-kira 8 pagi waktu tempatan (0300GMT), katanya.

Pasukan penyelamat mengalami kesukaran untuk menyelamatkan penumpang kerana ketinggian kereta kabel itu yang dibina di kawasan berbukit.

“Dua wayar kereta kabel itu terputus ketika di udara menyebabkan penumpang tersangkut pada ketinggian kira-kira 3,000 kaki (914 meter),” kata seorang pegawai tempatan, Mufti Gulamullah.

Kereta kabel itu dikendalikan secara persendirian oleh seorang penduduk di situ untuk mengangkut penduduk merentasi sungai kerana tiada jalan atau jambatan di kawasan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan