Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki melihat proses pemakaian anggota badan prostetik kepada salah seorang penerima pada Program Pengagihan Anggota Badan Prostetik secara percuma di Pusat Khidmat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Satok.

NGO sediakan 250 anggota badan prostetik secara percuma – Ibrahim Baki

KUCHING, 23 Ogos: Sejumlah 250 anggota badan prostetik dibekalkan oleh tiga badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk memberi sinar kepada golongan yang memerlukan di seluruh negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki berkata, inisiatif secara percuma itu akan membolehkan golongan berkenaan untuk kembali bergerak seperti insan normal lain.

Menurutnya program berkenaan mula dilaksanakan pada 28 Mei lalu kini telah memberi manfaat kepada kira-kira 120 orang penerima.

“Mereka (NGO terbabot) masih mempunyai banyak lagi anggota palsu yang akan diberikan kepada golongan yang memerlukan anggota palsu tersebut.

“Oleh yang demikian mereka menjemput mana-mana individu yang memerlukan anggota badan palsu untuk datang dan melakukan sukatan untuk anggota tersebut.

“Fasa kedua ini bukan hanya untuk kawasan Satok sahaja tetapi juga untuk kawasan Kuching serta kawasan sekelilingnya agar semua mereka yang memerlukan anggota palsu ini dapat memperolehinya dan dapat bergerak seperti insan normal lain,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan sumbangan anggota badan prostetik di satok di sini hari ini.

Ibrahim berkata, usaha oleh tiga NGO tersebut akan turut diperluaskan ke seluruh Sarawak bagi membolehkan individu di kawasan selain kuching mendapat manfaat yang sama dengan lokasinya akan ditentukan kemudian.

Program tersebut katanya dilaksana melangkaui batas agama serta budaya dan bersifat untuk mengeratkan intergarasi dan perpaduan antara semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang mereka.

Terdahulu, seramai 32 orang kurang upaya (OKU) hadir bagi melakukan sukatan bagi menentukan saiz anggota badan prostetik pada program berkenaan.

Program tersebut merupakan program anjuran bersama The Malaysian Church of Jesus Chris, Yayasan Peduli Tuna Daksa dari Jakarta, Indonesia dan Persatuan Pengajian Sadhu Vaswani dengan kolaborasi Che Hui Khor Kuching and Ming Ya Shang Ge, Jakarta.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan