Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menyampaikan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) kepada penerima di Bintangor pada hari ini. Foto: TVS

Mohon bantuan secara berkumpulan, percepat proses miliki rumah

BINTANGOR, 23 Ogos: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menggesa penerima lot tanah agar mengemukakan permohonan secara berkumpulan bagi mempercepatkan proses serta memudahkan mereka untuk memiliki rumah.

Menurutnya, pendekatan tersebut juga membantu wakil rakyat untuk mengemukakan permohonan bagi tujuan pembinaan Projek Perumahan Mampu Milik seperti Spektra Permata.

“Saya fikir ini adalah cara terbaik untuk membantu rakyat membina rumah mereka. Jika mereka membina secara individu, bukan sahaja standard berbeza tetapi juga tidak ada keseragaman.

“Jika mereka membina bersama di bawah skim perumahan, ia sangat elok dan sangat tersusun,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Penyampaian 47 Lesen Pendudukan Sementara (TOL) di Bintangor pada hari ini.

Dalam pada itu, beliau telah memaklumkan bahawa beliau sudah mengemukakan permohonan bagi pelaksanaan 51 unit rumah melalui Skim Perumahan Spektra Permata (RSP) di Kampung Malaysia.

Oleh itu, beliau berharap permohonan itu mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) tidak lama lagi.

“Kalau boleh, pemilik lot itu berkumpul bersama di tempat yang sama. Jadi saya boleh bantu mencari sumber pembiayaan, mungkin kita bantu mereka melalui Skim Perumahan Spektra Permata (RSP) atau seumpamanya,” katanya lagi.

Kuong Hiing berkata, sejak Rancangan Malaysia Ke-4 (RMK4), Kerajaan Sarawak melaksanakan sebanyak 121 Skim Penempatan Semula (SPS) melalui penyediaan sebanyak 26,263 lot kediaman dan 198 Skim Pembesaran Kampung (SPK) dengan lot kediaman sebanyak 22,958 lot kediaman.

Melalui kedua-dua skim itu katanya, kerajaan menyediakan sejumlah 49,221 lot yang dilaksanakan di seluruh Sarawak terutamanya di luar bandar. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan