KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Langkah operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan dijangka membantu kadar jangka untuk kekal stabil pada Rabu.
Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM42.36 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam RM20.80 bilion.
Pada hari ini, bank pusat itu akan melaksanakan tender pasaran wang konvensional bernilai RM1 bilion selama tujuh hari dan dua tender repo berbalik merangkumi masing-masing tender RM1.5 bilion selama 33 hari dan tender RM500 juta selama 92 hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Komoditi Murabahah Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.
Pada 4 petang, ia akan menawarkan sehingga RM43.4 bilion untuk tender semalaman konvensional dan RM20.8 bilion bagi tender semalaman Murabahah. – TVS