Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pang Sze Teng (kiri), Tsan Nieng Khai (tengah) dan Teo Zhi Hao (kanan) ketika disambut kepulangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching hari ini. Foto: TVS.

Atlet MMA Sarawak menyerlah di pentas dunia

KUCHING, 23 Ogos: Dua atlet seni bela diri campuran (MMA) Sarawak berjaya mencipta nama dan meraih kemenangan dalam kejohanan MMA Asia pertama di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

Pang Sze Teng dan Teo Zhi Hao, kedua-dua atlet berusia 21 tahun asal Kuching itu mengharumkan nama Malaysia apabila masing-masing meraih pingat perak bagi kategori wanita berat 69 kilogram (kg) ke bawah, dan pingat gangsa bagi kategori lelaki berat 65 kg ke bawah.

Persiapan untuk kejohanan tersebut hanya dilakukan dalam tempoh dua bulan namun telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka di bawah bimbingan jurulatih Tsan Nieng Khai atau lebih mesra dikenali sebagai Coach Khaiju.

“Sze Teng telah beraksi dengan baik dan dia berjaya mengalahkan petinju profesional dari China untuk mara, dan semasa perlawanan akhir dia melawan veteran UFC dari China juga.

“Jadi ini adalah perlawanan ketiga dia bertarung kerana di sini kekurangan atlet MMA wanita di Sarawak dan Malaysia juga jadi bagi saya pencapaiannya sangat baik kerana dia melawan atlet dari China yang sangat kuat dalam pertarungan ini,” kata Coach Khaiju.

Bagi perlawanan Zhi Hao pula, dia tewas ke peringkat akhir ketika melawan atlet muaythai dari Singapura dan terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa.

“Dia sudah bertarung tujuh kali di Malaysia sahaja dan lima daripada pertarungan itu dia menewaskan lawannya kalah mati (KO) jadi dia sebenarnya sangat bagus,” tambahnya.

Dengan pencapaian memberangsangkan ini Sze Teng dan Zhi Hao berhasrat untuk mendapatkan lebih banyak pengalaman menyertai kejohanan MMA dengan sasaran membawa pulang pingat emas untuk Kejohanan MMA Asia tahun depan.

“Ya, ini adalah pertandingan MMA (antarabangsa) pertama saya, saya cukup gembira dapat pengalaman hebat untuk berlawan seperti peluang ini. Terima kasih banyak kepada coach Khaiju yang memberi saya peluang untuk menyertai pertandingan ini.

“Dan akan ada lebih banyak pertandingan untuk kami jadi kami mahu lakukan lebih baik dalam pertandingan MMA tersebut dan kami berlatih di MMA Sports Hub di Boulevard,” kata Sze Teng kepada TVS ketika disambut kepulangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada Rabu.

Sementara itu, Zhi Hao menambah dirinya agak kecewa kerana tidak dapat beraksi di peringkat akhir namun dengan tekad baharu, dia yakin akan dapat melakukan lebih baik dalam perlawanan seterusnya.

“Di gim kami berlatih untuk MMA tetapi kebanyakan pertarungan yang diadakan di Sarawak dan Malaysia secara keseluruhan lebih kepada muaythai dan tinju, jadi tidak banyak pertarungan MMA di Malaysia, itulah sebabnya kami menunggu peluang untuk mencari pertarungan bagi sukan MMA,” katanya.

Untuk makluman, hanya Sze Teng dan Zhi Hao sahaja mewakili Malaysia dalam Kejohanan Seni Bela Diri Campuran (MMA) Asia Pertama yang berlangsung pada 18 hingga 20 Ogos lalu dengan bantuan dana daripada Persekutuan Wushu Negeri Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan

No data was found