Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebahagian produk makanan haiwan dari Itali yang dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) di Dermaga Air Dalam semalam. Foto: MAQIS

3 tan makanan haiwan dari Itali tiada permit import disita

BUTTERWORTH, 23 Ogos: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menggagalkan cubaan membawa masuk tiga tan makanan haiwan dari Itali dipercayai tiada permit import pada pemeriksaan di Dermaga Air Dalam di sini, semalam.

Pengarah MAQIS Pulau Pinang, Muhammad Ikram Abd Talib berkata, produk berkenaan ditemui semasa pihaknya melakukan pemeriksaam rutin terhadap kargo dari luar negara di pintu masuk MAQIS tersebut.

“Pemeriksaan mendapati konsainan makanan hawain dari Itali itu tidak mempunyai permit import dan ia menjadi satu kesalahan.

“Produk berkenaan yang seberat 3,000 kilogram bernilai RM46,000 telah ditahan bagi pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Katanya, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama.

“MAQIS akan sentiasa meningkatkan penguatkuasaan di sempadan bagi memastikan keselamatan keluaran pertanian yang dibawa masuk ke dalam negara mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan bagi menjamin kualiti dan keselamatan agromakanan negara,” tegasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan