Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing bergambar bersama kakitangan Jabatan Tanah dan Survei Sarikei ketika melawat tapak pameran di Bintangor hari ini. Foto: TVS

176 lot kediaman disediakan menerusi SPK di Kampung Selemas dan Kampung Bundong, Bintangor – Kuong Hiing

BINTANGOR, 23 Ogos: Kerajaan Sarawak menyediakan 176 lot kediaman bagi pelaksanaan Skim Pembesaran Kampung (SPK) untuk dua penempatan di Kampung Selemas dan Kampung Bundong, Bintangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, setakat ini Kerajaan Sarawak telah meluluskan sebanyak 148 untuk diperuntukkan yang sebahagiannya telah diluluskan.

Jelasnya, pelaksanaan Skim Penempatan Semula (SPS) dan SPK ini adalah untuk membuktikan keprihatinan Kerajaan Sarawak dalam menyediakan kemudahan yang lebih selesa kepada rakyat sekali gus menampung keperluan mereka dalam tempoh jangka panjang.

“Pelaksanaan Skim Penempatan Semula (SPS) dan Skim Pembesaran Kampung (SPK) ini menyediakan lot-lot kediaman yang lebih selesa, terancang dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti rangkaian jalan, sistem perparitan, bekalan air dan bekalan elektrik,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Penyampaian 47 Lesen Pendudukan Sementara (TOL) di Bintangor pada hari ini.

Tambah beliau, kerajaan turut memperkenalkan dasar baharu iaitu penambahbaikan terhadap spesifikasi dan komponen infrastruktur asas di skim-skim baharu yang akan dilaksanakan.

“Satu lagi inisiatif baharu kerajaan dalam SPS dan SPK adalah mengurangkan kadar premium sebanyak 50 peratus bagi lot kediaman di semua SPS dan SPK adalah tidak melebih RM2,500 per lot.

“Inisiatif ini dilaksanakan bagi meringankan beban rakyat berpendapatan rendah yang terlibat dalam skim-skim berkenaan untuk menyelesaikan pembayaran premium,” ujarnya lagi.

Selain itu, 36 tol diserahkan kepada penerima di Kampung Selemas manakala 11 lagi dari Kampung Bundong pada Majlis Penyampaian 47 Lesen Pendudukan Sementara (TOL) di Bintangor pada hari ini. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan