Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra. Foto AP.

Thaksin boleh dapatkan pengampunan diraja

ByBernama

BANGKOK, 22 Ogos: Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra boleh mendapatkan pengampunan diraja dan proses itu mengambil masa satu hingga dua bulan, kata Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pemulihan Sitthi Sutivong.

Beliau berkata Thaksin memohon pengampunan diraja sejurus menjalani hukuman penjara.

“Proses itu boleh mengambil masa satu hingga dua bulan, bergantung sama ada jumlah dokumen yang diserahkan mencukupi,” katanya pada sidang media di sini pada Selasa.

Permohonan pengampunan diraja akan dikemukakan kepada jawatankuasa Jabatan Pemulihan.

“Jawatankuasa akan serahkan permohonan itu kepada Kementerian Kehakiman dan kemudian perdana menteri akan mengemukakannya untuk pertimbangan Majlis Privy,” katanya.

Terdahulu pada hari ini, Mahkamah Agung menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun kepada Thaksin yang kembali semula ke Thailand selepas hidup dalam buangan selama 15 tahun.

Thaksin kemudian dibawa ke Penjara Reman Bangkok.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pemulihan Ayuth Sintoppant berkata keadaan kesihatan Thaksin sedang dipantau.

Thaksin dikatakan mempunyai masalah kesihatan antaranya masalah jantung dan paru-paru, tekanan darah tinggi dan tulang belakang.

Beliau berkata Thaksin berada di dalam bilik persendirian di wad perubatan di Penjara Reman Bangkok dan akan bertemu ahli keluarga pada hari kelima. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found