Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto TVS

Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$112.2 bilion pada Ogos 2023

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 Ogos: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$112.2 bilion (US$1=RM4.647) pada 15 Ogos 2023 berbanding US$112.9 bilion pada 31 Julai, 2023.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.2 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (US$99.7 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.7 bilion), emas (US$2.4 bilion), dan aset-aset rizab lain (US$3 bilion).

Sementara itu, jumlah aset berjumlah RM624.28 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM525.53 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.84 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.71 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM58.05 bilion). 

BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM179.22 bilion), mata wang dalam edaran (RM158.30 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM167.47 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM14.93 bilion), deposit-deposit lain (RM37.36 bilion), kertas Bank Negara (RM32.78 bllion), peruntukan SDR (RM29.96 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.17bilion). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan