Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki warganegara Indonesia terpaksa menahan kesakitan selepas tangannya tersepit dalam mesin di kilang Twin Arrow, Jalan Bintulu-Similajau pagi tadi. Foto: JPBM

Lelaki tahan kesakitan, tangan tersepit dalam mesin

BySafri Ali

BINTULU, 22 Ogos: Seorang lelaki warganegara Indonesia terpaksa menahan kesakitan selepas tangannya tersepit dalam mesin di kilang Twin Arrow, Jalan Bintulu-Similajau di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 8.35 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati tangan mangsa dikenali Guntur Mujiri,28, masih tersepit di dalam mesin.

“Pihak bomba membuat saiz-up di lokasi kejadian dan mengarahkan anggota untuk mengeluarkan tangan mangsa dengan memotong skru pada bahagian mesin bagi mengeluarkan tangan mangsa menggunakan grinder,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, setelah tangan mangsa berjaya dikeluarkan, pihak bomba menyerahkan mangsa kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan selanjutnya,

“Setelah memastikan keadaan benar selamat operasi ditamatkan pada jam 9.14 pagi,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan