Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Delegasi diketuai Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah melawat Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Republik Indonesia, Dr Sandiaga Uno (dua kiri) hari ini. Foto: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan

Lawatan ke Indonesia erat hubungan Sarawak-Bogor

ByNurul Amarlina

KUCHING, 22 Ogos: Lawatan delegasi Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak ke Bogor, Indonesia berharap dapat mengeratkan lagi hubungan antara dua bandar itu.

Menurut kenyataan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan hari ini, lawatan tersebut dibuat untuk mempromosikan Sarawak sebagai lebih daripada destinasi percutian dan menggalakkan kerjasama ekonomi progresif antara Bogor dan Sarawak.

Delegasi diketuai Abdul Karim melawat Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Republik Indonesia Dr Sandiaga Uno hari ini. Foto: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan

“Apa yang penting, adalah diharapkan lawatan ini dapat meningkatkan dan mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua bandar ini,” jelas kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu lagi, delegasi yang diketuai oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah melawat Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Republik Indonesia, Dr Sandiaga Uno hari ini.

Tourism Malaysia Jakarta tingkatkan promosi tarik pelancong Indonesia ke Sarawak

Kunjungan hormat itu diadakan sempena Persidangan Antarabangsa Pelancongan dan Hospitaliti Bertanggungjawab (ICRTH) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa IPB (IICC), Bogor, dari 21 hingga 25 Ogos.

Turut hadir dalam kalangan delegasi Sarawak, Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Operasi) melalui Lembaga Pelancongan Sarawak (Lembaga Pengarah) Datu Hii Chang Kee, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datu Sherrina Hussaini, Pengerusi Lembaga Pelancongan Sarawak, Dennis Ngau, Ketua Institut Pelancongan Negara Kementerian Pelancongan Kemboja, Poch Voleark dan Pegawai Kanan, Jabatan Wilayah bagi Asia dan Pasifik, United Nations World Tourism Organization (UNWTO), An Sinyong. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan