Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengadakan lawatan teknikal dua hari ke negara Norway, bermula 22 Ogos untuk melawat beberapa fasiliti penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) di Bergen. Foto: Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak (Meesty)

Lawatan Abang Johari ke Norway untuk tinjau fasiliti, teknologi CCS

ByAmirah Shawel

BERGEN, (NORWAY) 23 Ogos: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengadakan lawatan teknikal dua hari ke negara Norway, bermula semalam, 22 Ogos.

Abang Johari bersama isterinya, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang serta delegasi Kerajaan Sarawak tiba di Lapangan Terbang Flesland Bergen sekitar pukul 7 petang waktu tempatan.

Lawatan beliau merangkumi ke beberapa fasiliti penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) iaitu melawat fasiliti pengendalian kemudahan CCS Northern Lights dan Technology Centre Mongstad di Bergen dan Oslo.

Premier Sarawak ketuai delegasi ke Norway kaji teknologi penyimpanan karbon

Lawatan beliau turut diiringi Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Setiausaha Kewangan Sarawak, Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar dan Pengerusi Petroleum Sarawak Berhad (PETROS), Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo.

Pada Khamis, Abang Johari akan melawat ke Institute for Energy Technology (IFE) sebelum menghadiri mesyuarat dengan pegawai Kementerian Petroleum dan Tenaga Norway.

Beliau serta delegasi juga akan mengadakan perbincangan bersama pemain industri, Det Norske Veritas (DNV) berhubung inisiatif CCS, pelepasan sifar bersih dan penyahkarbonan.

Sebelum ini, Abang Johari memaklumkan lawatannya ke Norway bertujuan untuk melihat infastruktur dan teknologi penyimpanan karbon di negara berkenaan.

Selain itu, lawatan ini juga adalah untuk meninjau potensi kerjasama antara pihak berkepentingan Norway dan pemegang taruh asing dalam bidang CCS.

Menurut beliau  lawatan kali ini disertai PETROS kerana syarikat berkenaan telah dilantik sebagai pemegang lesen untuk aktiviti penyimpanan karbon di Sarawak.

Kemudiannya, Abang Johari akan berlepas ke London untuk sesi perbincangan bersama pegawai atasan Shell di ibu pejabatnya bagi mengakhiri lawatan selama seminggu itu.

Pada Isnin, Premier Sarawak bersama delegasinya telah ke Stockholm, Sweden untuk lawatan penanda aras ke Parlimen Sweden bagi meneliti pelaksanaan perundangan Ombudsman di negara tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan