Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang murid lelaki sembilan tahun cedera selepas dilanggar motosikal ketika melintas jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Matsirat semalam. Foto: FB Langkawi Kini.

Lampu isyarat melintas tidak berfungsi, murid dilanggar motosikal

LANGKAWI, 22 Ogos: Dua beradik yang sedang melintas jalan nyaris maut apabila dilanggar sebuah motosikal di hadapan Sekolah Rendah Kebangsaan (SK) Padang Matsirat, di sini, semalam.

Insiden kira-kira pukul 2.05 petang itu menyebabkan murid lelaki berusia sembilan tahun mengalami luka-luka pada badan manakala kakaknya berusia 14 tahun tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner (ACP) Shariman Ashari berkata, kejadian itu berlaku ketika wanita berusia 41 tahun yang merupakan ibu mangsa mahu menghantar anak lelakinya ke sekolah dengan memberhentikan kereta di bahu jalan.

Katanya, murid lelaki itu dikatakan ditemani dan dipimpin oleh kakaknya selepas keluar dari kereta untuk melintas jalan dari kiri ke kanan.

“Bagaimanapun, murid lelaki itu telah dilanggar oleh sebuah motosikal yang nombor (pendaftaran) tidak pasti yang datang dari arah Padang Matsirat ke arah Teriang.

“Mangsa kemudiannya telah terjatuh di atas jalan sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Padang Matsirat oleh ibunya bagi mendapatkan rawatan.

“Dia mengalami luka pada dahi, dagu dan siku kanan, namun kakaknya tidak cedera” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shariman berkata, hasil siasatan mendapati kemalangan berpunca apabila mangsa melintas jalan bukan di tempat lintasan pejalan kaki dan lampu isyarat pejalan kaki yang rosak.

“Polis juga sedang mengesan penunggang motosikal yang terlibat bagi membantu siasatan mengikut Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN166/59),” katanya.

Sementara itu, kejadian tersebut tular apabila rakaman dipercayai daripada papan pemuka sebuah kenderaan dimuat naik ke laman sosial semalam.

Video berdurasi 12 saat itu memaparkan dua kanak-kanak sedang berlari melintas jalan sebelum salah seorang dirempuh sebuah motosikal yang tidak sempat mengelak.

Mereka dipercayai tidak menyedari kehadiran motosikal tersebut.

Turut kelihatan adalah seorang wanita dipercayai ibu mangsa yang keluar dari sebuah kereta berwarna putih sebelum bergegas ke arah mangsa sebaik insiden berlaku. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan