Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar fail menunjukkan anggota pasukan keselamatan mengangkat serpihan pesawat di kawasan nahas pesawat terhempas pada Khamis lepas. Foto: BERNAMA

Kematian 10 mangsa nahas pesawat di Elmina diklasifikasikan sebagai SDR

ByBernama

SHAH ALAM, 22 Ogos: Polis setakat ini mengklasifikasikan kematian 10 mangsa yang terlibat dalam kejadian nahas pesawat terhempas berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, pada Khamis lepas dilaporkan sebagai kematian mengejut (SDR). 

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan insiden tersebut masih dijalankan dan buat masa ini nahas tersebut dilihat sebagai kes kemalangan semata-mata. 

“Kami akan menunggu laporan daripada Biro Keselamatan Kemalangan Udara (BSKU)  yang dijangka mengambil masa kira-kira sebulan untuk tindakan selanjutnya jika perlu,” katanya pada sidang media bagi hebahan PDRM Selangor Merdeka Ride Karnival di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini.

Dalam pada itu, Hussein berkata sebarang spekulasi berkaitan kejadian tersebut tidak seharusnya ditimbulkan kerana akan mengganggu emosi waris keluargsa mangsa. 

“Ada spekulasi berhubung unsur jenayah dan sebagainya, perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana akan menggusarkan keluarga mangsa. Saya nasihatkan kepada awam, ada sebarang maklumat terus salurkan kepada polis untuk siasatan lanjut, itu sebaiknya,” katanya.

Lapan individu disahkan berada dalam pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam

Pada Ahad lepas, Hussein mengesahkan tiada lagi mana-mana individu yang terlibat dan terkorban selain daripada 10 mangsa itu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang Datuk Seri Johari Harun, 53.

Exco Pahang salah seorang mangsa pesawat terhempas

Turut berada dalam pesawat itu ialah juruterbang Shahrul Kamal Roslan, 41, dan pembantu juruterbang Heikal Aras Abdul Azim, 45, serta lima penumpang iaitu Muhammad Taufik Mohd Zaki, 37, Khairil Azwan Jamaludin, 43, Shaharul Amir Omar, 49, Mohammad Naim Fawwas Mohamed Muaidi, 35, dan Idris Abdul Talib @ Ramali, 41. 

Exco Pahang salah seorang mangsa pesawat terhempas

Dua lagi adalah orang awam iaitu penunggang p-hailing Muhammad Hafiz Muhammad Salleh, 32, dan pemandu e-hailing Sharipudin Shaari, 51, yang melalui kawasan kejadian. -TVS

Exco Pahang salah seorang mangsa pesawat terhempas

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan