Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Permintaan terhadap Jalur Gemilang dan bendera Sarawak kian meningkat, lebih-lebih lagi semakin hampir menjelangnya sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, disusuli dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept nanti. Foto: Envato

Jalur Gemilang, Bendera Sarawak laris di Kuching

KUCHING, 22 Ogos: Permintaan terhadap Jalur Gemilang dan bendera Sarawak kian meningkat, lebih-lebih lagi semakin hampir menjelangnya sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, disusuli dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept nanti.

Tinjauan Bernama di sekitar bandar raya Kuching mendapati rata-rata bangunan kerajaan dan deretan kedai dihiasi penuh warna-warni dengan kibaran bendera Malaysia dan Sarawak bagi menggambarkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.

Hasil bendera Sarawak guna 10,280 botol plastik, MBKS cipta rekod MBOR

Seorang jurujual di sebuah pasar, Farahana Firdaus Affendi, 28, berkata setakat bulan lepas iaitu sempena sambutan Hari Sarawak pada 22 Julai, jualan bendera sangat memberangsangkan.

Katanya kini lebih 30 bendera laris dijual setiap hari terutamanya bendera Malaysia pelbagai saiz sama ada untuk dipasang sebagai hiasan dalaman, dikibarkan di luar bangunan, atau di kedai dan rumah.

Hasil bendera Sarawak guna 10,280 botol plastik, MBKS cipta rekod MBOR

“Bulan ini stok bendera di kedai pun dah bertambah dua kali sebab yang datang membeli tidak putus-putus, walaupun jumlah yang dibeli oleh seorang pembeli tidaklah banyak, tetapi jumlah pembeli secara puratanya semakin ramai,” katanya kepada Bernama di sini

Sementara itu, Mohd Saufie Ibrahim, 22, yang bekerja di sebuah kedai alat tulis berkata jualan bendera begitu laris sejak akhir-akhir ini di mana kebanyakan pembeli adalah cikgu sekolah.

“Mungkin di sekolah-sekolah ada pertandingan menghias kelas sempena sambutan Bulan Kebangsaan kerana bendera yang menjadi pilihan adalah lebih kepada yang bersaiz kecil dan sederhana.

“Selain itu, paling laris terjual adalah bendera tangan kecil. Bulan lepas bendera Sarawak banyak dibeli, bulan ini bendera Malaysia pula. Dari segi stok, setakat ini mencukupi bagi kedua-dua bendera,” katanya.

Seorang pembeli, Marilyn Edward Lai, yang kebetulan berada di kedai itu untuk membeli bendera berkata dia membeli lebih 10 bendera besar dan 20 bendera kecil Malaysia dan Sarawak untuk dipasang di kampungnya.

“Tahun ini, kampung kami telah bersepakat untuk bersama menghias balai raya sempena meraikan ulang tahun Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

“Selain itu, bersempena dengan cuti umum 31 Ogos ini, kami akan mengadakan sukaneka disamping mengeratkan lagi silaturahim di antara penduduk-penduduk kampung,” katanya yang berasal dari Kampung Sampun, Kota Samarahan.

Hari Kebangsaan yang bertemakan “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ akan disambut di Putrajaya dengan pelbagai pengisian bagi menterjemahankan konsep Malaysia MADANI dalam segenap aspek, sama ada daripada persembahan tarian dan nyanyian, aksi akrobatik oleh pasukan keselamatan sehinggalah perarakan kontinjen.

Sementara Sarawak telah dipilih menjadi tuan rumah bagi sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan 2023 yang membawa tema sama dan akan berlangsung di Stadium Perpaduan di sini, pada 16 Sept depan.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

BySheera Abang Mansor-