Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Iran pada Isnin menyatakan bahawa keputusan untuk menarik diri daripada Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) akan ditentukan oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

Iran lulus undang-undang hijab kontroversi

ByBernama

TEHRAN, 22 Ogos: Satu rang undang-undang kontroversi di Iran yang mengukuhkan etika berpakaian yang ketat telah diluluskan oleh jawatankuasa parlimen khas, lapor Agensi Berita Tasnim yang dipetik Agensi Berita Jerman (dpa) pada Isnin.

Peraturan itu, yang belum berkuat kuasa, memperuntukkan hukuman berat bagi mereka yang tidak mengendahkan kod berpakaian.

Dalam kes tertentu, hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda boleh mencecah lebih €5,000 (US$5,450). Wanita asing yang menentang undang-undang boleh diusir dari negara itu. Menghina wanita berhijab boleh dikenakan penjara enam bulan dan 74 sebatan.

Pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei, yang mempunyai kata putus dalam semua perkara strategik, turut dirujuk untuk undang-undang baharu itu dan menegaskan bahawa memakai hijab adalah kewajipan agama.

Pada masa sama, wanita memakai tudung yang tidak sesuai bukan menentang agama dan revolusi, katanya baru-baru ini.

Memakai hijab telah menjadi undang-undang di Iran selama lebih dari 40 tahun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan