Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abdul Rahman Junaidi hadir pada Seminar Kepimpinan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai di sini hari ini. Foto: Diana Jayaseelan (TVS)

Hilmy Othman dilantik Datuk Bandar DBKU yang baharu

ByDiana Jayaseelan

KUCHING, 22 Ogos: Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Hilmy Othman akan dilantik sebagai Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang baharu.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, Hilmy akan menggantikan Datu Junaidi Reduan yang akan menamatkan tugasnya pada 31 Ogos ini.

Kata beliau, Hilmy dijadual mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar DBKU kelapan pada 1 September ini di Wisma Bapa Malaysia yang akan disaksikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Saya mengalu – alukan keputusan kerajaan negeri melantik Hilmy.

“Ini kerana beliau seorang yang berpengalaman luas dalam kepimpinan bandar selain pernah menjadi kaunselor,” katanya.

Hilmy Othman bakal dilantik sebagai Datuk Bandar | TVS

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Seminar Kepimpinan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai di sini hari ini.

Sementara itu, Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata, beliau yakin Hilmy mampu membawa DBKU ke peringkat yang lebih tinggi.

Pada masa sama, Abdul Rahman turut mengucapkan terima kasih di atas perkhidmatan cemerlang yang diberikan oleh Junaidi terhadap DBKU selama ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan