Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia memusnahkan lima tan ganja di ladang 1.2 hektar Desa Blang Manyak, Kecamatan Sawang, Kabupaten Aceh Utara, Indonesia. Foto: BNN

Dron kesan ladang ganja atas bukit, lima tan ganja dimusnahkan

ByTVS

JAKARTA, 22 Ogos: Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia menyerbu ladang ganja tersembunyi seluas 1.2 hektar di Acheh semalam.

Menerusi operasi itu, BNN merampas lima tan ganja yang dipercayai baharu sahaja ‘dituai’ di ladang berkenaan yang terletak pada ketinggian 119 meter dari aras laut di Desa Blang Manyak, utara Acheh.

Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia memusnahkan lima tan ganja di ladang 1.2 hektar Desa Blang Manyak, Kecamatan Sawang, Kabupaten Aceh Utara, Indonesia. Foto: BNN

Pengarah Jenayah Narkotik BNN Guntur Aryo Tejo yang mengetuai serbuan itu berkata, ladang ganja berkenaan ditemui menerusi pemantauan dron yang dilakukan oleh pihaknya.

“Siasatan mendapati sebanyak 11,000 pokok dengan ketinggian antara 20 hingga 250 sentimeter (cm) ditanam. Kesemuanya berjaya dimusnahkan,” katanya.

Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia memusnahkan lima tan ganja di ladang 1.2 hektar Desa Blang Manyak, Kecamatan Sawang, Kabupaten Aceh Utara, Indonesia. Foto: BNN

Beliau menambah, serbuan itu disertai oleh 122 anggota yang terdiri daripada gabungan pelbagai agensi kerajaan.

“Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mencari pemilik ladang,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan