Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan program-program ini di TVS Saluran 122 Astro & MYTV sempena Hari Kebangsaan ini!

TVS menyajikan kandungan nostalgik sempena Hari Kebangsaan 2023

ByTiana Azni

KUCHING, 21 Ogos: ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ merupakan tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini. 

Sempena Hari Kebangsaan yang ke-66 ini TVS akan menyajikan kandungan yang bakal menyentuh nostalgia dan semangat patriotisme di kaca televisyen anda! 

1. Permata Warisan 

Filem terbitan TVS ini mengisahkan tentang Rossa, yang ingin bercuti ke luar negara. Namun, hasratnya hancur berderai apabila Harry, suaminya menukar destinasi pelancongan ke kampung halaman. Ibunya, Rona menaruh harapan tinggi kepada Rossa dan menantunya, Harry untuk meneruskan perniagaan homestaynya. Rossa memberikan syarat yang ibunya menolak sekeras-kerasnya.

Adakah hubungan mesra antara ibu dan anak ini akan berakhir? Tetapkan temujanji anda bersama TVS, saluran 122 ASTRO dan MYTV pada tanggal 31 Ogos, jam 7.15 malam untuk merungkai segalanya. 

2. Sudirman: Chow Kit Road 

“Tanggal 31, bulan lapan lima puluh tujuh. Hari yang mulia, hari bahagia. Sambut dengan jiwa yang merdeka!” antara lirik lagu nyanyian penyanyi pop terkenal tanah air, Allahyarham Dato Sudirman Haji Arshad.

Dokumentari ‘Sudirman: Chow Kit Road’ mengisahkan perjalanan beliau ketika menjalankan konsert mega di Jalan Chow Kit. Pada awalnya, konsert tersebut dibantah habis-habisan puak berpolitik, dan hampir dibatalkan. Namun, dengan campur tangan Perdana Menteri pada ketika itu, konsert mega ini dihadiri lebih 100,000 orang peminat. 

Jalani zaman nostalgia anda bersama dokumentari khas ini pada Hari Kebangsaan kelak, jam 1.15 petang di TVS, saluran 122 ASTRO & MYTV!

3. Leftenan Adnan 

Siapa yang tidak mengenali Leftenan Adnan, seorang perwira bangsa yang terkorban demi kemerdekaan negara pada tahun 1942. 

Filem arahan Aziz M Osman ini mengisahkan tentang perjuangan beliau dan Rejimen Askar Melayu yang bertarung nyawanya demi menyelamatkan Tanah Melayu daripada penaklukan Tentera Jepun semasa Perang Dunia II. 

Dibintangi oleh pelakon terkenal seperti Hairie Othman, Umie Aida dan Faisal Hussein, filem patriotik ini bakal ditayangkan di TVS sempena Hari Kebangsaan, pada Sabtu ini, 26 Ogos, jam 8.45 malam di saluran 122 Astro & MYTV!

4. Sarjan Hassan

Filem ini tidak asing lagi bagi penonton tegar filem seniman agung tanah air, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Filem yang diinspirasikan oleh perwira bangsa dan berkisarkan perjuangan untuk membebaskan Tanah Melayu dari ancaman jajahan Jepun. 

Jangan lupa tonton filem Sarjan Hassan pada 1 September, jam 8.45 malam di TVS saluran 122 Astro & MYTV!

5. Suatu Ketika 

Filem ini menceritakan kisah budak-budak lelaki dari pelbagai latar belakang menubuhkan sebuah pasukan bola sepak untuk memasuki kejohanan piala remaja tempatan, iaitu JG Davidson. Pada ketika itu, mereka tidak mempunyai latihan yang betul, seragam mahupun bola sepak yang sebenar. Bagaimanapun, dengan bantuan guru dan seorang pekebun sekolah sebagai jurulatih, mereka mempelajari semangat setia kawan. 

Pasukan itu perlu menentang juara bertahan, pasukan pelajar dari sekolah British, St James untuk layak masuk ke perlawanan seterusnya. Mampukah mereka meneruskan kemaraan dalam kejohanan ini?
 
Saksikan filem Suatu Ketika, pada 2 September ini, jam 8.45 malam di TVS saluran 122 ASTRO & MYTV! 
 
 
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan program-program ini di TVS Saluran 122 Astro & MYTV sempena Hari Kebangsaan ini!
 
 
 
 
 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan