Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebahagian wanita warga asing disyaki terlibat aktiviti pelacuran yang ditahan polis menerusi Ops Noda di sekitar bandaraya George Town kelmarin. Foto: IPD Timur Laut

Penjawat awam antara lapan pelacur warga asing ditahan polis

GEORGE TOWN, 21 Ogos: Polis menahan lapan wanita warga asing yang disyaki menjalankan kegiatan pelacuran dalam serbuan di tujuh premis urut, hotel bajet dan apartmen di sekitar bandaraya ini kelmarin.

Operasi empat jam berakhir pukul 10 malam oleh pasukan Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterisme (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dan Kontinjen Pulau Pinang itu membabitkan tangkapan berusia antara 25 hingga 47 tahun.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner (ACP) Soffian Santong berkata, siasatan mendapati kesemua pelacur yang ditahan menerusi Ops Noda terbabit menggunakan pas lawatan sosial.

“Mereka mencari pelanggan dengan aplikasi WeChat dan mengenakan bayaran bagi perkhidmatan seks antara RM150 hingga RM250.

“Salah seorang tangkapan mengaku sebagai penjawat awam di sebuah negara jiran dan datang ke Malaysia untuk menjalankan kegiatan pelacuran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Soffian, pihaknya turut merampas pelbagai peralatan yang digunakan bagi melakukan kegiatan itu bersama wang tunai RM2,200 untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39B Peraturan-peraturan Imigresen 1959. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan