Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lavinia Kho (kiri) menyumbang pingat gangsa untuk Malaysia manakala rakan senegara Adania Mohd. Redwan muncul juara acara perseorangan Kejohanan Boling Junior Asia di Singapura hari ini. Foto Bowling Malaysia.

Pemain boling Sarawak sumbang pingat untuk Malaysia

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 21 Ogos: Pemain boling remaja berasal dari Sarawak, Lavinia Kho berjaya meraih pingat gangsa acara perseorangan perempuan pada Kejohanan Boling Junior Asia Ke-22 di Singapura hari ini.

Juara Terbuka Antarabangsa Malaysia 2023 itu mengumpul keseluruhan 1,223 pin selepas menamatkan enam permainan di Singapore Bowling @ Rifle Range.

Lavinia yang membuat penampilan sulung pada kejohanan itu melakukan catatan 166,229,209,183,189, dan 247 pin.

Kejohanan hari pertama menyaksikan Malaysia turut cemerlang meraih emas menerusi Adania Mohd. Rezwan yang melakukan 1,327 pin.

Sementara itu wakil Australia, Emily Hart membawa pulang pingat perak dengan catatan 1,243 pin.

Dalam kategori lelaki, Malaysia gagal menambah pingat apabila Muhamad Danial Abu Samah yang merupakan pemain terbaik negara sekadar menamatkan saingan di tempat ke -17 daripada 80 peserta.

Emas acara lelaki dimenangi oleh peserta tuan rumah, Aiman Lim manakala perak dan gangsa masing – masing dimenangi oleh pemain Qatar dan Jepun.

Kejohanan akan bersambung esok menerusi acara beregu yang menawarkan dua emas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan