Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Projek angin merupakan antara tenaga lebih bersih yang diberi tumpuan oleh NOC di Asia Tenggara. Foto Envato.

Pelaburan boleh baharu Asia Tenggara dijangka lebih US$76 bilion pada 2025

ByBernama

KUALA LUMPUR, 21 Ogos: Syarikat minyak nasional (NOC) Asia Tenggara dan penggiat huluan tradisional memberi tumpuan kepada inisiatif tenaga lebih bersih dan mesra alam sekitar dengan pelaburan dijangka melebihi US$76 bilion (US$1=RM4.65) untuk tempoh 2023 hingga 2025, menurut Rystad Energy.

Syarikat penyelidikan tenaga bebas dan perisikan perniagaan berpangkalan di Oslo, Norway itu berkata trend peningkatan itu dijangka berterusan dengan jumlah unjuran perbelanjaan sebanyak US$119 bilion menjelang akhir 2027.

Perbelanjaan ini akan dipacu oleh pelaburan dalam projek angin, solar dan geoterma.

“NOC serantau seperti Pertamina di Indonesia meluaskan pembabitan dalam geoterma, manakala Petronas Malaysia berhasrat mewujudkan operasi yang signifikan di pasaran pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).

“NOC Malaysia mengumumkan rancangannya untuk membina kemudahan khas terbesar di dunia menjelang 2025, meneruskan perkongsian aktif dengan entiti antarabangsa untuk menonjolkan projek serantau berpotensi,” kata Penganalisis Kanan Rantaian Bekalan Afiqah Mohd Ali dalam kenyataan.

Beliau berkata apabila beroperasi sepenuhnya, inisiatif ini akan mempunyai kapasiti bagi pemerangkapan karbon dioksida (CO2) sebanyak 3.3 juta tan setahun dan menyimpan CO2 yang dikumpulkan dengan selamat dalam takungan di Sarawak sepanjang tempoh operasinya selama 25 tahun.

Walaupun jumlah kos projek masih tidak dinyatakan, Rystad Energy menganggarkannya mampu mencapai US$260 juta menjelang 2025.

Gentari, anak syarikat milik penuh Petronas juga telah membuat pelaburan yang besar dalam keupayaan solar, berusaha memanfaatkan potensi luas tenaga boleh baharu negara.

Dalam tempoh antara 2023 dan 2026, Petronas akan membelanjakan sejumlah US$450 juta dalam projek CCUS dan pembangunan hidrogen sebanyak US$330 juta. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan