Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Duta dan Ketua Seksyen Ekonomi Pejabat Kedutaan Neteherlands, Eva Oskam. Foto : Febbright James

KPWK jalankan kajian menyeluruh persediaan Sarawak menghadapi hari tua 2028

ByFebbright James

KUCHING, 21 Ogos: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak sedang menjalankan kajian menyeluruh sebagai persedian untuk Sarawak menghadapi status hari tua menjelang tahun 2028.

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kajian itu disokong dengan kerjasama padu yang dijalankan dengan pelbagai agensi dan kementerian bagi mengukuhkan dasar dan polisi yang akan digubal terutamanya melibatkan kesihatan komuniti.

Kajian menyeluruh persediaan Sarawak jadi negeri tua | TVS

“Kita akan membuat kajian sebagai persediaan untuk menghadapi hari tua yang merangkumi latar belakang warga emas sama ada di bandar, luar bandar dan pedalaman. Kita akan buat secara menyeluruh agar kita faham akan isu-isu yang dihadapi.

“Dari situ kita akan mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Kabinet khusus untuk persediaan hari tua yang terdiri daripada pelbagai kementerian. Bercakap mengenai penuaan, ia berkaitan dengan kesihatan iaitu di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan. Kemudian pengangkutan dan perumah di bawah kementerian yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Duta dan Ketua Seksyen Ekonomi Pejabat Kedutaan Neteherlands, Eva Oskam, hari ini.

Ujarnya, jawatankuasa tersebut kelak terdiri daripada pelbagai kementerian yang masing-masing akan memainkan peranan dalam membuat persediaan menghadapi status negeri tua menjelang 2028.

Selain itu, pihaknya juga telah menjalankan kajian dengan melawat beberapa buah negara termasuk Netherland dan Singapura.

“Kita telah mempelajari beberapa perkara dari negara-negara yang kita telah lawati seperti Singapura dan Netherlands. Misalnya, warga emas di negara tersebut tidak mahu berpindah ke Rumah Seri Kenangan dan mahu kekal menua di rumah mereka sendiri.

“Kalau ini berlaku di negeri kita, sudah pasti kita tahu apa yang perlu dilaksanakan khususnya sokongan sosial,” tambahnya.

Fatimah turut memaklumkan perkara lain akan dibentangkan di Kabinet iaitu mekanisme faedah kesihatan yang dapat diberikan melalui Kenyalang Gold Card.

Perkara ini akan dibentangkan pada Mesyuarat Kabinet seterusnya iaitu pada 14 September 2023 dan setelah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kembali dari lawatannya ke Sweden.

Dalam pada itu, katanya, kementeriannya mengenal pasti isu penuaan sebagai salah satu daripada 14 isu di bawah kementeriannya.

“Status tua dalam kalangan masyarakat dan negeri adalah sekiranya kadar warga emas dalam kelompok tersebut mencapai 15 peratus,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan