KUALA LUMPUR, 21 Ogos: Syarikat-syarikat Amerika Syarikat (AS) telah membuat ikrar pelaburan bernilai US$100 bilion (US$1=RM4.65) dalam pelbagai sektor di Malaysia sejak 18 bulan lepas, kata Duta BesarĀ AS ke Malaysia, Brian McFeeters.
Pelaburan besar itu melibatkan bidang yang menjadi tumpuan AS untuk mengukuhkan kedudukannya seperti elektronik dan semikonduktor selain segmen pusat data yang merupakan bidang pertumbuhan besar.
āPelaburan AS semakin ketara ke Malaysia dan ini sememangnya baik untuk AS. Ini kerana, kami mendapat tahu bahawa Malaysia berperanan penting dalam (menyumbang kepada)Ā rantaian bekalan dunia sewaktu pandemik COVID-19.
āBanyak kilang-kilang yang bergantung secara langsung terhadap produk yang dibuat di Malaysia. Kami juga telah menjalinĀ hubungan ekonomi yang saling memberi manfaat dan masih wujud sehingga ke hari ini,ā katanya ketika menjadi tetamu jemputan dalam program The Nation terbitanĀ Bernama TV di sini, hari ini.
McFeeters berkata, sebahagian besar syarikat-syarikat AS yang melabur di Malaysia turutĀ meraih manfaat daripada teknologi terkini yang ditawarkan di negara ini.
Selain itu, beliau menyifatkan Malaysia telah memainkan peranan paling konstruktif dari segi integrasi ekonomi dalam rantau Asean.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Malaysia telah bersetuju untuk menjadi tuan rumah bagi pusingan perundingan Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) pada Oktober ini untuk membincangkan pendekatan mewujudkan ekonomi lebih bersih dengan penggunaan tenaga boleh baharuĀ (RE).
Pusingan rundingan tersebut akan meneliti isu-isu berbangkit pada abad ke-21 yang merangkumiĀ bidang untuk mewujudkan ekonomi bersih dengan menggunakan RE selain meningkatkan rantaian bekalan bagi mengelak berulangnya gangguanĀ di masa akan datang, kata beliau.
āPertemuan pada Oktober itu penting kerana menjelang NovemberĀ 2023, AS pula akan berperanan sebagai hosĀ Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang turut menjadi lokasiĀ mengumumkan hasil rundinganĀ tersebut.
āAdalah diharapkan agar Perdana MenteriĀ Datuk Seri Anwar IbrahimĀ dapat menghadiri acara itu berikutan peranan besar Malaysia sebagaiĀ hos rundingan tersebut,ā katanya. -TVS