Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap pada Majlis Makan Malam Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) di sebuah hotel di Kuching, malam tadi. Foto: Zaim Zharfan (TVS).

Tiada isu penggunaan ‘chopstick’, kalimah Allah di Sarawak – Abang Johari

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 20 Ogos: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa negeri ini tidak mempunyai sebarang isu terhadap penggunaan ‘chopstick’ dan kalimah Allah.

Mengambil contoh penggunaan ‘chopstick’, Abang Johari memberitahu bahawa Sarawak tidak seperti kawasan tertentu yang beranggapan bahawa penggunaan peralatan berkenaan melambangkan penukaran bangsa.

Kata Abang Johari, anggapan sedemikian boleh menjejaskan perpaduan antara rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini.

“Sarawak kita tiada masalah dengan penggunaan ‘chopstick’. Di sesetengah kawasan apabila seseorang itu menggunakan ‘chopstick’, mereka mengatakannya sudah menukar bangsa.

“Di Sarawak kita terbuka, asalkan makanan itu halal. Tiada masalah langsung di Sarawak. Begitulah tingkah laku kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Sarawak mahu teroka kerjasama baharu dengan China dalam perubatan herba

Majlis berkenaan dianjurkan bersempena dengan Persidangan Antarabangsa Cina Muslim (ICMC) 2023 yang berlangsung dari 18-20 Ogos di Kuching.

Menurut Abang Johari, persidangan berkenaan yang menghimpunkan panel dari dalam dan luar negara merupakan platform terbaik dalam pertukaran idea yang membantu Kerajaan Sarawak terutama berkenaan dengan perubahan iklim.

Yang turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK), Dato Sri Fatimah Abdullah dan Duta Besar Republik China ke Malaysia, Ouyang Yujing.

Mengulas lanjut, Abang Johari turut memaklumkan bahawa Sarawak juga tidak mempunyai isu berkenaan dengan penggunaan kalimah Allah.

“Di Sarawak kita tidak mempunyai masalah dengan penggunaan kalimah Allah. Kita tidak mempunyai masalah tentang itu kerana ia hanya perkataan Arab.

“Cukup selagi anda percaya kepada Tuhan dan anda mematuhi prinsip pasif dalam Islam,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan